Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah flat jualan semula HDB jatuh 16 % bulan lalu berbanding April

Jun 04, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH yang diperkenal demi mengekang penularan Covid-19 menyebabkan jumlah flat jualan semula HDB merosot bulan lalu dengan kurangnya peluang untuk melihat hartanah secara fizikal, menyebabkan kurang flat yang bertukar tangan.



Namun, harga flat jual semula HDB terus meningkat selama 11 bulan berturut-turut, naik 1.2 peratus bulan lalu berbanding April, menurut kenyataan gerbang hartanah SRX.



Sebanyak 1,966 flat jual semula terjual bulan lalu, jatuh 16 peratus berbanding April.



Naib presiden kanan penyelidikan dan analitik OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata kemerosotan tersebut tidak drastik seperti semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan (CB) April tahun lalu, di mana langkah yang diperkenal adalah lebih ketat.



Semasa tempoh itu, jumlah kadar jualan semula flat merosot 78.5 peratus, dari 1,969 unit pada Mac kepada 423 unit sebulan selepas itu, kata Cik Sun.



Sebanyak 440 jualan semula flat HDB dicatat Mei lalu dan ini 440.1 peratus lebih tinggi berbanding bulan sama tahun lalu.



Di bawah Fasa Kedua (Kewaspadaan Dipertingkat) sekarang, yang dijangka berkuatkuasa hingga 13 Jun, isi rumah boleh menerima sehingga dua pengunjung sehari.



Ketua penyelidikan dan kandungan PropNex, Encik Wong Siew Ying, berkata ini menjejas kunjungan untuk meninjau hartanah, kerana penjual biasanya akan menerima hingga lima atau lapan calon pembeli dalam satu hari sebelum langkah yang lebih ketat diperkenalkan.



"Ini membataskan kunjungan dari pembeli untuk unit jualan semula. Demi mengatasi isu ini, ramai ejen yang menggunakan teknologi digital untuk mengendalikan 'kunjungan' untuk meninjau di alam maya," katanya.



Tambahnya, jika Singapura melonggarkan sekatan ini selepas 13 Jun sepertimana yang dikatakan pemerintah, jumlah jualan semula flat mungkin meningkat pada hujung bulan.



Harga flat jualan semula meningkat 12 peratus tahun demi tahun berbanding Mei tahun lalu, meskipun kini ianya 2.6 peratus lebih rendah berbanding April 2013, apabila harga flat jualan semula memuncak.



Sebanyak 13 flat jualan semula bertukar tangan pada harga $1 juta bulan lalu.



Ini membawa jumlah keseluruhan flat tersebut menjadi $87 juta dalam lima bulan pertama tahun ini, melebihi 82 unit yang terjual tahun lalu.



Secara keseluruhan, 389 flat jualan semula telah dijual pada harga lebih $1 juta hingga 31 Mei tahun ini.



Satu flat seperti itu juga telah dijual bulan ini - flat empat bilik seluas 93 meter persegi di Boon Tiong Road yang dijual pada harga $1,008,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >