Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PARLIMEN

Jumlah jururawat hospital awam letak jawatan capai paras tertinggi

Aug 03, 2022 | 05:30 AM

PERATUSAN jururawat di hospital awam yang meletak jawatan mencapai paras tertinggi dalam lima tahun pada tahun lalu, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.

Mengongsi peratusan itu di Parlimen semalam, Cik Rahayu berkata kadar pemberhentian jururawat tempatan dalam sektor awam naik kepada 7.4 peratus pada tahun lalu. Ini berbanding 5.4 peratus pada 2020. Peratusan itu mencecah 7 peratus pada 2019, 6.3 peratus (2018) dan 6 peratus (2017).

Kenaikan itu adalah lebih tinggi bagi jururawat asing, dengan kadar peratusan mencecah 14.8 peratus pada tahun lalu.

Ini berbanding 7 peratus pada 2020, 9.4 peratus (2019), 9.1 peratus (2018) dan 8.2 peratus (2017).

Bagi jururawat asing dalam sektor awam, persaingan antarabangsa telah menjadi lebih sengit.

"Dengan sempadan sudah pun dibuka, mereka boleh pulang. Mereka juga tertarik dengan prospek luar negara," kata Cik Rahayu, menjawab soalan Anggota Parlimen (AP), Encik Louis Ng (GRC Nee Soon), mengenai jururawat dan kebajikan mereka.

Gaji tahunan jururawat sepanjang lima tahun lalu telah meningkat: Rahayu

Sementara itu, Cik Rahayu berkata pendapatan tahunan median bagi jururawat staf dan jururawat staf kanan - yang membentuk bahagian terbesar dalam tenaga kerja kejururawatan di sini - telah meningkat sepanjang lima tahun lalu.

Gaji tahunan median bagi jururawat staf adalah antara $42,800 dengan $53,700 pada 2017 dan ia telah meningkat kepada antara $46,300 dengan $58,500 pada tahun lalu.

Bagi jururawat staf kanan pula, gaji mereka telah meningkat daripada antara $65,000 dengan $79,700 pada 2017 kepada antara $71,200 dengan $87,600 pada tahun lalu.

Cik Rahayu berkata secara umumnya, ia mengambil masa purata empat hingga enam tahun bagi lulusan baru naik pangkat kepada jururawat staf kanan, dan oleh itu, seorang jururawat staf pada 2017 mungkin mendapat gaji tahunan dalam julat gaji jururawat staf kanan menjelang tahun lalu.

"Kami memahami pentingnya mengiktiraf sumbangan jururawat dan kementerian telah berusaha menyemak gaji dan elaun mereka.

"Sepanjang lima tahun lalu, gaji tahunan jururawat setempat dalam institusi penjagaan kesihatan awam - yang merangkumi gaji asas, elaun dan bonus - telah meningkat," kata beliau.

Cik Rahayu berkata isu utamanya adalah untuk mengekalkan khidmat jururawat.

Dalam usaha mencapai perkara tersebut, strategi Kementerian Kesihatan (MOH) antaranya termasuk menyemak skop kerja yang dilakukan jururawat untuk membolehkan mereka meluangkan lebih banyak masa bagi penjagaan pesakit secara langsung.

Dari segi menyemak skop kerja, Cik Rahayu berkata institusi penjagaan kesihatan awam mengamalkan pendekatan pelbagai rampang untuk mengurangkan beban kerja pentadbiran bagi jururawat dan membolehkan mereka memberi tumpuan pada penjagaan pesakit.

Ini termasuk memperkemas proses penjagaan dan mengerahkan kakitangan pentadbiran dan penjagaan sokongan untuk membantu jururawat.

Inovasi dalam automasi, teknologi, robotik dan teknologi didorong kecerdasan buatan (AI) juga telah diperkenalkan untuk membantu jururawat dan kakitangan penjagaan kesihatan.

Cik Rahayu menambah bahawa juga sama penting adalah untuk memastikan gaji jururawat berdaya saing di peringkat tempatan dan juga antarabangsa, sebagai sebahagian strategi negara ini untuk mengekalkan khidmat jururawat dan memantapkan tenaga kerja kejururawatan di sini.

Encik Ng juga telah bertanya sama ada Jawatankuasa Kesejahteraan Nasional bagi Doktor Baru boleh memperluaskan skop tugasnya untuk merangkumi waktu dan keadaan kerja jururawat.

Cik Rahayu berkata isu berkaitan doktor baru perlu ditangani dalam cara yang berbeza disebabkan giliran kerap mereka dalam sistem penjagaan kesihatan awam berbanding kumpulan kakitangan lain yang digajikan secara langsung oleh kelompok penjagaan kesihatan awam masing-masing.

"MOH dan kelompok penjagaan kesihatan awam sentiasa prihatin tentang kesejahteraan jururawat dan kumpulan kakitangan lain.

"Contohnya, kami telah membentuk Jawatankuasa Kesejahteraan Kakitangan rentas kelompok dalaman pada 2019 bagi kelompok berkongsi amalan terbaik dengan satu sama lain dan memberikan maklum balas kepada MOH mengenai penambahbaikan untuk meningkatkan kesejahteraan kakitangan dalam semua kategori kakitangan," kata beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3