KORONAVIRUS
Jumlah kematian di China meningkat lebihi 1,500
Perancis lapor kematian pertama di Eropah, 67 atas kapal persiaran di Jepun diuji positif
Feb 16, 2020 | 05:30 AM
PIHAK berkuasa China melaporkan lebih 2,600 kes baru akibat koronavirus novel (Covid-19), sehari selepas warga China yang pulang ke ibu kota Beijing daripada cuti diarahkan menjalani perintah kuarantin sendiri selama 14 hari.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang disahkan di serata China sekarang 66,492 selepas 2,641 kes baru disahkan kelmarin, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional China.