SEBANYAK 14 kematian telah dicatatkan dari 1 Januari hingga 17 April tahun ini, berbanding sembilan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.
Demikian menurut Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad, dalam ucapannya semasa melancarkan Kempen Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) Nasional secara dalam talian.