Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah kes Covid-19 serius turun ke tahap terendah sejak 28 Julai

Aug 21, 2021 | 11:26 PM



JUMLAH kes Covid-19 yang serius telah menurun   ke tahap terendah dalam tempoh tiga minggu.

Kini terdapat 22 kes penyakit serius yang memerlukan bantuan oksigen, dan tujuh lagi berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Sabtu malam (21 Ogos).

Jumlah 29 kes penyakit serius itu  adalah yang terendah sejak 28 Julai, di mana terdapat 25 kes Covid-19 seperti itu.





MOH mengatakan daripada kes serius itu, 23 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Daripada kumpulan ini, 18 sama ada tidak divaksinasi langsung atau menerima satu dos vaksin.

Sementara itu, jumlah kelompok Covid-19 kini berjumlah 76, setelah dua kelompok ditutup dan satu kelompok baru dikesan.

Jumlah ini adalah yang terendah sejak 30 Julai, apabila terdapat 71 kelompok jangkitan aktif.





MOH mengatakan 76 kelompok itu  merangkumi antara tiga dengan 1,155 jangkitan. Kelompok  terbesar adalah  Pelabuhan Perikanan Jurong/Pasar dan Pusat Makanan Hong Lim, yang mempunyai 1,155 kes.

Secara keseluruhan, terdapat 37 kes Covid-19 baru di Singapura pada  Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu menjadi 66,443.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >