Jumlah kes denggi baru berkurang
May 11, 2016 | 05:30 AM
JUMLAH kes denggi baru di Singapura turun kepada 181 dalam minggu yang berakhir pada 7 Mei lalu.
Ini kurang 61 kes daripada minggu sebelumnya dan angka mingguan yang paling rendah tahun ini, menurut perangkaan terkini yang disiarkan di laman web denggi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).