Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Jumlah kes denggi meningkat lebih lima kali ganda berbanding tahun lalu

Nov 28, 2019 | 11:02 AM

JUMLAH kes denggi di sini meningkat lima kali ganda berbanding tahun lalu, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Sejak awal tahun ini sehingga Sabtu lalu, jumlah keseluruhan kes denggi adalah 14,658 kes, naik lima setengah kali berbanding jangka waktu yang sama tahun sebelumnya.
NEA memberi amaran bahawa jumlah kes denggi mungkin bertambah dengan berkata:
"Contohnya pada 2013 dan 2015, terdapat peningkatan hujung tahun dalam jumlah kes denggi, dan pada kedua-dua tahun itu, kami memasuki tahun seterusnya dengan jumlah kes denggi yang tinggi."
Buat masa ini, terdapat 76 kawasan denggi aktif, dengan lima kawasan terbesar bertempat di Choa Chu Kang Avenue 2, Elias Road, Jalan Bangau, Jurong West Street 61 dan Begonia Lane.
Kebanyakan tempat pembiakan nyamuk yang terdapat dalam kawasan tersebut adalah dalam pekarangan rumah.
Menurut laporan The Straits Times, NEA telah berkongsi dengan majlis bandaran dan rakan kerja maklumat tentang kawasan dengan bilangan nyamuk yang lebih tinggi agar lebih banyak langkah pencegahan dapat diambil di kawasan-kawasan itu.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian