Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah kes Omicron di S'pura terus bertambah

Jan 13, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH kes baru varian Covid-19 Omicron meningkat kepada 438 kelmarin, meningkat daripada 389 sehari sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Daripada jumlah itu, 159 adalah kes tempatan dan 279 lagi adalah kes import, kata MOH memberikan butiran terkini.



Secara keseluruhannya, terdapat 846 kes baru Covid-19 direkodkan kelmarin, meningkat daripada 750 pada hari Isnin, dan tiada kematian, lapor The Straits Times.



Daripada jumlah tersebut, 400 kes import dan 446 kes tempatan.



Kadar peningkatan dalam jangkitan Covid-19 mingguan turun sedikit kepada 1.71 kelmarin, daripada 1.83 hari sebelumnya.



Kadar peningkatan dalam jangkitan mingguan merujuk kepada nisbah kes masyarakat untuk minggu lalu, sepanjang minggu sebelumnya.



Kadar peningkatan dalam jangkitan mingguan yang melebihi satu menunjukkan bahawa bilangan kes mingguan baru Covid-19 semakin meningkat.



Kadar penggunaan Unit Jagaan Rapi (ICU) adalah pada 51.1 peratus.



Terdapat 165 pesakit di hospital, dengan 17 antara mereka memerlukan bantuan oksigen.



Sejumlah 91 peratus penduduk Singapura yang layak dan 87 peratus daripada jumlah penduduk telah melengkapkan rejimen vaksinasi penuh, dan kira-kira 48 peratus penduduk telah menerima suntikan penggalak vaksin mereka.



Sehingga kelmarin, Singapura telah merekodkan 287,243 kes Covid-19, dengan 838 kematian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >