Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah kes pancing data di Carousell meningkat

Jan 03, 2023 | 05:30 AM



BILANGAN kes penipuan pancingan data melibatkan pembeli palsu di Carousell terus bertambah, dengan angka laporan bulan lalu sahaja melepasi angka laporan sepanjang 11 bulan pertama tahun lalu.



Dalam kes itu, penipu berlagak sebagai bakal pembeli di Carousell, dan dalam percubaan menerima bayaran, mangsa (iaitu penjual) akan ditanya untuk masukkan butiran perbankan pada laman palsu bagi menyelaras bayaran.



Sekurang-kurangnya 975 mangsa dengan kerugian yang dianggar sekurang-kurangnya $938,000, terjebak dalam penipuan ini dari Januari tahun lalu sehingga dua bulan lalu.



Namun sejak awal bulan lalu, sekurang-kurangnya 1,115 mangsa terjebak sehingga kini, dengan keseluruhan kerugian mencecah sekurang-kurangnya $1 juta.



Menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF), berdasar siasatan, sejumlah laporan yang dibuat melibatkan peralihan menerusi aplikasi PayNow ke luar negara yang tidak diluluskan.



Trend ini membimbangkan, memandangkan apabila wang dialih ke luar negara, peluang mendapatkannya semula adalah tipis.



Bagi mengatasi penipuan ini, rakan-rakan utama termasuk Carousell dan Persatuan Bank di Singapura akan melaksana langkah melindungi pelanggan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >