Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah korban nahas jalan raya catat paras terendah

Feb 07, 2018 | 05:02 PM



JUMLAH orang yang terkorban akibat kemalangan jalan raya berkurangan tahun lalu berbanding 2016 meskipun terdapat lebih ramai pejalan kaki warga emas yang terlibat dalam kemalangan kerana menyeberang jalan sembarangan.



Tahun lalu, 122 orang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya berbanding 141 orang yang terkorban pada 2016.



Ini bermakna kadar kematian akibat nahas jalan raya di sini juga berada di tahap paling rendah sejak 1981 iaitu 2.17 bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu.



Demikian menurut perangkaan Polis Trafik yang dikeluarkan hari ini.



Komander Polis Trafik, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Sam Tee, menyifatkan perangkaan yang lebih baik itu sebagai menggalakkan.



Unitnya juga akan terus meningkatkan kesedaran orang awam tentang bahaya menyeberang jalan sembarangan, tambahnya.



Tahun lalu, separuh daripada warga emas yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya telah menyeberang jalan secara terlarang.



Jumlah kemalangan yang melibatkan pejalan kaki warga emas yang menyeberang jalan sembarangan turut meningkat kepada 101 kes tahun lalu, berbanding 82 kes pada 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >