Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Jumlah maut, cedera dalam nahas lori kurang sepanjang 10 tahun lalu: LTA

May 08, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) berkata bilangan orang cedera atau terbunuh semasa menaiki lori berkurangan sepanjang 10 tahun lalu sejak langkah keselamatan dilancarkan untuk melindungi pekerja.



Singapura juga bukan satu-satunya negara yang menggunakan kenderaan barangan untuk membawa orang, kata LTA dalam satu kenyataan semalam.



Kenyataan itu dibuat sedang beberapa kumpulan sokongan dan pekerja membuat gesaan supaya amalan menggunakan lori untuk membawa pekerja dihentikan.



Sekurang-kurangnya seorang Anggota Parlimen (AP) juga dijangka mengajukan soalan mengenai pengangkutan alternatif seperti bas dan bas mini bagi mengangkat pekerja apabila Parlimen bersidang minggu depan.



Tanpa memberikan perangkaan, LTA berkata: "Pada 2009 dan 2010, pemerintah melancarkan siri langkah-langkah yang bertujuan mempertingkat keselamatan pekerja yang dibawa ke sana sini menggunakan lori.



"Sejak itu, bilangan orang yang menaiki lori dan tercedera atau terbunuh dalam kemalangan jalan raya telah berkurangan.



"Di peringkat antarabangsa, meskipun ada perbezaan amalan, adalah satu kebiasaan bagi kenderaan barangan digunakan untuk membawa penumpang.



"Sebagai contoh, negara seperti Canada, Thailand dan Amerika Syarikat membenarkan penumpang menaiki bahagian belakang lori, dengan peraturan keselamatan berbeza-beza."



Dua pekerja maut dan lebih 10 cedera dalam dua kemalangan jalan raya berasingan bulan lalu semasa mereka menaiki lori.



Kes-kes itu masih disiasat.



Pada 2009, perbahasan serupa diadakan mengenai kenderaan yang sesuai untuk membawa pekerja.



Pada masa itu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan LTA berkata melarang penggunaan lori untuk membawa pekerja mendatangkan kesan lebih besar terhadap perniagaan berbanding sebab-sebab yang diberi bagi menghentikan berbuat sedemikian.



Sebaliknya, MOM dan LTA berkata lori harus dipasang dengan pengadang lebih tinggi di sisi dan kanopi.



Menteri Pengangkutan ketika itu, Encik Raymond Lim, berkata tempoh 10 bulan sebelum dan selepas langkah-langkah itu diambil menunjukkan kes melibatkan kecederaan berkurangan 17 peratus.



Namun, para akademik berkata mereka prihatin kerana langkah-langkah itu tidak mencukupi.



Struktur lori yang terbuka bermakna pekerja lebih mudah terjatuh keluar, terutama apabila kemalangan berlaku.



Berbeza daripada kenderaan penumpang, lori barangan juga mungkin tidak melalui ujian pertembungan, untuk mencongak bagaimana ia menjejas tubuh manusia, kata mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >