Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah Minimum CPF cecah $161,000 tahun depan

Aug 17, 2014 | 10:29 PM



JUMLAH Minimum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan dinaikkan kepada $161,000 tahun depan, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semasa berucap di Rapat Hari Kebangsaan awal malam tadi.


Menurut Encik Lee, beliau tidak lihat akan berlakunya peningkatan besar selepas 'peningkatan terakhir' jumlah minimum ini, yang dilaksanakan sejak 2003.


Namun demikian katanya, ada keperluan untuk menyemak jumlah minimum "dari masa ke semasa" sedang jangka hayat meningkat dan biaya hidup juga bertambah.


Jumlah Minimum telah dinaikkan setiap tahun sejak ia ditetapkan pada jumlah $80,000 pada 2003 dengan sasaran $120,000 menurut nilai 2003 pada 2015.


Anggota CPF harus mencapai jumlah ini agar mereka dapat menikmati pendapatan bulanan yang mantap pada hari tua.


Kenaikan pada jumlah minimum seharusnya berakhir tahun lalu tetapi disebabkan inflasi yang tinggi pada 2012, Pemerintah memutuskan untuk menjarakkan kenaikan selebihnya sehingga 2015.


Kata Encik Lee, Jumlah Minimum yang lalu adalah terlalu rendah dan Pemerintah telah mengambil masa 10 tahun untuk menaikkannya ke jumlah $155,000 sekarang.


"Penetapan jumlah terakhir adalah tahun depan, dan ia akan menjadi $161,000 untuk mereka yang mencecah usia 55 tahun mulai 1 Julai 2015.


"Dengan mengikrarkan kediaman anda, anda hanya perlu mengadakan separuh daripada jumlah itu dalam bentuk tunai," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >