Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah peguam tinggalkan kerjaya undang-undang capai rekod

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH peguam yang meninggalkan kerjaya undang-undang tahun lalu memecah rekod, lantas mencetuskan keprihatinan Persatuan Undang-Undang yang ingin tahu mengapa peguam muda khususnya, berhenti, kata presiden baru persatuan tersebut, Encik Adrian Tan semalam.



Dalam ucapan sulungnya di majlis tahunan untuk menandakan pembukaan tahun undang-undang baru, beliau menambah bahawa jumlah peguam yang meninggalkan kerjaya itu merupakan yang tertinggi dalam lima tahun iaitu 538.



Ia peningkatan lebih 30 peratus dari tahun ke tahun itu "mencemaskan".



Sepanjang empat tahun lalu, jumlah tersebut berada antara 380 dengan 430, katanya.



Dalam kalangan jumlah 538 itu, seramai 310 terdiri daripada peguam junior yang mengamalkan undang-undang kurang dari lima tahun. Mereka merangkumi 14 peratus peguam dalam kategori tersebut, katanya.



Ditambahkan lagi dengan jumlah rekod rendah peguam baru yang dipanggil ke Bar tahun lalu, kategori junior mungkin berdepan dengan keadaan yang teruk, kata Encik Tan.



"Peguam muda memberi nafas baru kepada kerjaya ini, menyediakan negara dengan advokat, peguam cara, pendakwa, pendaftar dan pegawai kehakiman. Ia penting bahawa setelah melabur begitu banyak untuk melatih mereka, kita mencari cara untuk mengekalkan mereka.



"Ia mengambil masa bertahun, mungkin, berdekad, untuk mahir dalam pekerjaan ini. Undang-undang memerlukan fokus dan dedikasi yang berterusan. Undang-undang bukan 'gig', tetapi satu seruan," katanya.



Encik Tan berkata Persatuan Undang-undang akan mengkaji kadar pemberhentian kerja peguam muda.



Persoalan yang jelas, tambahnya, adalah sama ada pandemik patut dipersalahkan.



Sebenarnya, beliau berkata sebelum 2020, peguam muda sudahpun mengadu keletihan ekoran masa bekerja panjang dan klien mendesak.



Disebabkan teknologi seperti e-mel, mereka bertugas siang dan malam, dan pada rentak lebih intensif berbanding generasi sebelumnya.



Persatuan Undang-undang telah memperkenalkan lebih 12 skim sokongan, termasuk melibatkan peguam kanan membimbing peguam muda tentang isu kerjaya dan undang-undang serta khidmat kaunseling luar.



Namun, ini tidak menangani punca masalah, kata Encik Tan. Menurutnya, peguam muda berbeza daripada generasi sebelumnya yang kebanyakannya memandang kerjaya mereka sebagai tumpuan utama kehidupan mereka.



"Peguam abad ke-21 berbeza. Mereka mahu berkahwin, bukan dengan undang-undang, tetapi dengan seorang manusia. Mereka juga mahu bekerja keras. Mereka juga mahu kerja mereka bermakna. Tetapi mereka juga mahu perkara lain yang diingini manusia: untuk mempunyai anak-anak, membina keluarga, untuk mempunyai kehidupan di luar undang-undang," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >