Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah pekerja di S'pura bagi suku pertama junam

Apr 29, 2020 | 03:41 PM



JUMLAH pekerja di Singapura, kecuali pembantu rumah, menjunam dalam tiga bulan pertama tahun ini, dengan pandemik Covid-19 menjejas kegiatan ekonomi.



Bilangan pekerja yang jatuh - iaitu 19,900 - adalah kuncupan suku tahun yang paling besar sejak penularan Sars, apabila jumlah pekerja jatuh 24,000 dalam suku kedua 2003.



Namun bilangan pekerja yang jatuh pada suku pertama tahun ini adalah kerana jumlah pekerja asing yang dikurangkan secara ketara, sementara jumlah pekerja setempat bertambah pada kadar yang sederhana, mengikut data awal yang dilepaskan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu (29 April).



Kadar pengangguran meningkat pada Mac, berbanding Disember, sementara pemberhentian kerja meningkat dari suku-ke-suku, dengan kededua perangkan kekal lebih rendah berbanding puncak pemberhentian kerja yabg dialami semasa kemelut kewangan sedunia pada 2009.



MOM tidak memberikan perincian mengenai bilangan pekerjaan khusus yang berubah bagi pekerja setempat dan pekerja asing. Ia juga tidak memberikan perangkaan serupa bagi pemberhentian kerja.



Bercakap kepada media pada Rabu, Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata kesan sekatan Covid-19 hanya dirasai mulai Februari, dengan perniagaan kekal aktif dalam tempoh Tahun Baru Cina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >