Jumlah pekerja naik, pengangguran berkurang: Josephine, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

BERITA

Jumlah pekerja naik, pengangguran berkurang: Josephine

Februari lalu, kadar pengangguran berkurangan bulan keempat berturut-turut, ekonomi beransur pulih
Apr 08, 2021 | 05:30 AM

JUMLAH mereka yang bekerja di sini terus meningkat, selaras dengan kadar pengangguran yang berkurangan dalam kalangan penduduk dan warga, kata Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo.

Beliau berkata demikian semasa merujuk kepada perangkaan keadaan pekerjaan di sini yang diterbitkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.

Pada Februari lalu, kadar pengangguran di sini terus berkurangan bagi bulan keempat berturut-turut dengan ekonomi negara beransur pulih.

Kadar pengangguran mencapai tahap puncak pada September tahun lalu dan berterusan sepanjang Oktober, sebelum ia berkurangan pada bulan selanjutnya.

Dalam laporannya itu, MOM berkata kadar pengangguran keseluruhan berkurangan daripada 3.2 peratus kepada 3.0 peratus antara Januari dengan Februari.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Bilangan penduduk yang menganggur - merangkumi warga Singapura dan penduduk tetap - jatuh daripada 4.3 peratus kepada 4.1 peratus dalam tempoh yang sama.

Dalam kalangan warga pula, kadar pengangguran jatuh daripada 4.5 peratus kepada 4.3 peratus. Seramai 96,800 penduduk tidak bekerja pada Februari tahun ini, termasuk 85,900 warga.

"Meskipun kadar pengangguran terus meninggi dan belum lagi turun ke kadar sebelum Covid-19, kami sedang melihat kemajuan baik dari segi pertumbuhan pekerjaan," kata Cik Teo.

Beliau menambah, di bawah Program Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI), bayaran diberikan kepada 27,000 majikan yang bersama menggajikan 130,000 warga dalam tiga bulan pertama pelaksanaan program tersebut.

"Sokongan yang diberikan pemerintah kepada majikan untuk menambah bilangan pekerja setempat telah mendorong mereka memberi pertimbangan kepada kumpulan pemohon kerja yang lebih pelbagai dan ini sesuatu yang menggalakkan," kata Cik Teo.

"Ini termasuk mereka dari sektor-sektor berbeza, mereka yang sebelum ini tidak be kerja dan mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas."

Namun, Cik Teo mengingatkan bahawa mengurangkan kadar pengangguran pada bulan-bulan selanjutnya dijangka lebih sukar, selepas kadar pengangguran merosot pada Februari.

"Ia bergantung sama ada permintaan bagi pekerja dapat dikekalkan dalam kalangan majikan... dan juga kesungguhan mereka untuk meneroka calon pekerja yang berlainan berbanding profil yang lebih mereka kenali," ujar Cik Teo lagi.

Beliau berkata pemohon kerja yang masih mencari pekerjaan juga mungkin perlu meneroka peranan kerja atau pekerjaan dalam sektor yang sebelum ini tidak mereka terokai dan bersedia melabur masa untuk memperluas kemahiran.

Menurut Cik Teo agensi ekonomi seperti Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Enterprise Singapore (ESG), Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sedang bekerja keras untuk merangsang kegiatan ekonomi dalam sektor-sektor yang dipantau masing-masing.

"MOM akan terus mengawasi kadar pengangguran dengan teliti dan berganding dengan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) untuk terus bekerjasama dengan berbilang agensi untuk membantu warga Singapura mendapatkan pekerjaan yang dicipta," kata Cik Teo, menulis di Facebook.


"Sokongan yang diberikan pemerintah kepada majikan untuk menambah bilangan pekerja setempat telah mendorong mereka memberi pertimbangan kepada kumpulan pemohon kerja yang lebih pelbagai dan ini sesuatu yang menggalakkan...
Ini termasuk mereka dari sektor-sektor berbeza, mereka yang sebelum ini tidak bekerja dan mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas."

- Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map