PASARAN buruh Singapura terus menunjukkan pemulihan pada suku pertama tahun ini, dengan jumlah pekerjaan tumbuh buat pertama kali sejak pandemik Covid-19 bermula.
Jumlah pekerjaan, tidak termasuk pembantu rumah asing, tumbuh 12,200 bagi tiga bilan pertama tahun ini, selepas merosot selama empat suku tahunan berturut-turut, menurut perangkaan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (17 Jun).
Ia mengatasi anggaran awal sebanyak 4,800 dikeluarkan April lalu. Bilangan penduduk yang terus digajikan meningkat, mengatasi kemerosotan pengambilan pekerja bagi bukan penduduk yang sebahagiannya mungkin disebabkan sekatan aliran pekerja asing.