Jumlah pengesahan semula sijil hak memiliki kenderaan (COE) - yang membentuk sebahagian besar pelanjutan COE keseluruhan - telah merosot buat kali pertama dalam sedekad dan ini bermakna akan ada bekalan COE lebih tinggi pada masa depan.
Menurut perangkaan terkini Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), jumlah itu menjunam lebih 50 peratus kepada 20,071 pada 2020.
Ini berbanding jumlah rekod pada 2019, sebanyak 41,777, menurut laporan The Straits Times.
Kejatuhan itu adalah yang pertama selepas kenaikan berterusan semasa dekad lalu, dan dicerminkan dalam jumlah keseluruhan pengesahan semula COE, termasuk bagi kenderaan komersial dan motosikal.
Pemantau industri berkata kemerosotan itu bermakna lebih banyak kenderaan akan dibatalkan pendaftaran dan jika lebih banyak kenderaan diskrap, lebih banyak COE baru akan ditawarkan.