Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah pelawat ke S’pura merosot untuk tiga bulan berturut-turut

Nov 21, 2023 | 06:47 PM



Ketibaan pelawat antarabangsa ke Singapura mencatat kemerosotan untuk tiga bulan berturut-turut, mencapai 1,125,948 pelawat pada Oktober.

Berdasarkan perangkaan terkini Lembaga Pelancongan Singapura (STB), ia lebih rendah daripada 1,130,757 pelawat pada September. Bagaimanapun, ia adalah 37.8 peratus lebih tinggi berbanding 816,833 pelawat yang dicatat pada Oktober 2022.

Menurut laporan The Straits Times (ST), corak ketibaan pelancong pada 2023 mencerminkan trend musiman – ia meningkat pada Julai dan Ogos disebabkan ketibaan pelawat dari China, sebelum bilangannya menurun pada September dan Oktober.


Corak ketibaan itu turut dialami sebelum pandemik Covid-19, kata penganalisis DBS Bank, Cik Geraldine Wong.

Indonesia sekali lagi merupakan sumber utama pelawat ke Singapura pada Oktober, dengan 180,881 pelancong yang tiba – lebih tinggi berbanding 175,601 pelancong pada September.

Negara sumber terbesar seterusnya ialah China, yang mencatat 122,764 pelawat pada Oktober, lebih rendah daripada 135,677 pada September.

Cik Wong menarik perhatian mengenai kelainan yang ditunjukkan oleh pelawat dari China sejak beberapa bulan lalu disebabkan kebimbangan keselamatan bagi perjalanan ke Thailand dan Jepun.

“Ini mungkin telah mengalihkan sebilangan (pelawat) ke Singapura dalam jangka masa segera,” jelas beliau.

Bagaimanapun, beliau percaya bilangannya tidak mencukupi untuk mengimbangi corak ketibaan pelancong dari China yang berkurangan secara musiman.

Sentimen dan trend aliran pelawat yang didorong oleh berita juga biasanya akan hilang dengan cepat, tambahnya.

Cik Wong juga menyatakan ramai penduduk China menghabiskan perayaan ‘Minggu Keemasan’ dari 1 hingga 7 Oktober dengan perjalanan dalam negeri.

Ini mengecewakan pengusaha hotel yang mengharapkan permintaan lebih tinggi daripada pelawat China, katanya.

India mengatasi Malaysia dan Australia untuk menduduki tempat ketiga, dengan 94,332 pelawat ke Singapura pada Oktober, meningkat daripada 81,014 pada bulan sebelumnya.

Malaysia, yang menduduki tempat keempat, mencatat 88,641 ketibaan antarabangsa, merosot sedikit daripada 89,384 pada September.

Australia berada di tempat kelima, dengan 88,032 pelawat, lebih rendah daripada 104,497 pada bulan sebelumnya.

Sejauh ini sepanjang 2023, Singapura telah menyambut seramai 11.3 juta ketibaan pelawat, berbanding 12 juta hingga 14 juta ketibaan yang dijangka STB bagi seluruh tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >