Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Jumlah pemohon Skim Perumahan Sementara Keibubapaan tinggi, tapi ramai tidak buat pilihan

Aug 04, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN kadar permohonan Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (PPHS) kini adalah tinggi, kadar tidak memilih (non-selection rate) juga tinggi dengan hampir separuh daripada pemohon yang dijemput untuk memilih flat tidak berbuat demikian, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Ini menunjukkan bahawa ramai dalam kalangan mereka mempunyai pilihan perumahan lain, menurut beliau dalam jawapan bertulis kelmarin bagi menjawab soalan oleh Encik Edward Chia (GRC Holland-Bukit Timah) tentang perumahan sementara bagi mereka yang terjejas oleh kelewatan pembinaan flat Bina Ikut Tempahan (BTO).



PPHS menawarkan pilihan perumahan sementara tambahan untuk isi rumah yang menunggu flat baru mereka siap.



Skim itu dibuka untuk permohonan sekali dalam setiap dua bulan, dan pemohon yang layak dibenarkan mengundi.



Mereka yang disenarai pendek melalui undian dijemput untuk memilih flat PPHS pada bulan selepas permohonan mereka dan boleh berpindah sejurus selepas memilih flat.



Mereka yang tidak disenarai pendek melalui undian boleh membuat permohonan dalam pusingan berikutnya.



Pada Ogos tahun lalu, kriteria PPHS diperhalusi untuk mengutamakan pemohon yang mempunyai keperluan lebih mendesak untuk perumahan sementara.



Bekalan flat PPHS juga akan digandakan daripada sekitar 800 kepada 1,600 unit dalam tempoh dua tahun berikutnya.



Sejak itu, sekitar 200 unit telah ditambah kepada bekalan PPHS.



Disebabkan itu, kadar permohonan PPHS, atau bilangan permohonan bagi setiap unit, telah turun lebih separuh sejak Ogos tahun lalu.



Encik Lee berkata kadar permohonan PPHS kini adalah sekitar sembilan kali ganda.



"Walaupun ini tinggi, kadar tiada pemilihan juga tinggi - hampir separuh daripada pemohon yang dijemput untuk memilih flat tidak berbuat demikian, menunjukkan bahawa ramai yang mempunyai pilihan lain," jelasnya.



Beliau menambah, HDB menawarkan Perumahan Sewa Sementara (IRH) sebagai pilihan terakhir untuk membantu keluarga memerlukan yang sedang dalam transit antara pilihan perumahan jangka panjang.



Pembeli flat yang terjejas oleh kelewatan penyiapan BTO ditawarkan IRH berdasarkan kes demi kes, jika mereka tidak mempunyai pilihan perumahan sementara yang lain.



Masa yang diambil untuk memperuntukkan flat di bawah IRH berbeza-beza, bergantung kepada pilihan lokasi keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >