Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah penderma kornea catat jumlah tertinggi tahun lalu

Bank Mata S'pura 236 pendermaan tahun lalu
Apr 17, 2017 | 11:47 AM



BANK Mata Singapura (SEB) mencatat rekod baru sejak 26 tahun penubuhannya apabila ia berjaya mendapatkan 236 pendermaan kornea tahun lalu berbanding 222 yang diterimanya pada 2015.



Dalam kenyataannya hari ini (17 Apr), SEB berkata, jumlah yang tinggi yang diterimanya bagi derma kornea adalah disebabkan "meningkatnya kesedaran awam dan negara sama-sama memainkan peranan dalam mengembalikan penglihatan seseorang.



"Rakyat Singapura kian mengakui bahawa ia adalah satu penghormatan untuk mengembalikan dan meningkatkan mutu kehidupan mereka yang memerlukan kornea mata.



"Keinginan untuk membantu ini merentasi jurang ekonomi dan sosial, dan membawa kelainan kepada kehidupan seseorang yang memerlukannya.



"Sikap dermawan para penderma ini telah membolehkan ramai menikmati semula peluang untuk melihat dunia dengan pandangan yang baru," kata SEB lagi.



Singapura kian diiiktiraf dunia sebagai salah satu pusat pemindahan kornea, dengan banyak keputusan klinikal tempatan mengatasi program pemindahan antarabangsa.



Penyelidikan rapi telah dilakukan secara aktif, yang membawa kepada inovasi dalam membangunkan bentuk pemindahan kornea yang terkini.



Dengan lebih 350 penerbitan saintifik, Kajian Pemindahan Kornea Singapura terus maju dalam membangunkan pembedahan pemindahan bagi kornea baru, dengan hasil bagi mengurangkan kebutaan di kalangan pesakit pemindahan kornea menjadi semakin baik.



Dalam satu kajian yang dilakukan baru-baru ini, Singapura menduduki tempat ke-3 di Asia kerana mendapatkan pemerolehan tertinggi untuk tisu kornea bagi per kapita selepas Sri Lanka dan India.



Senarai pesakit yang menunggu bagi menjalani pembedahan graf kornea untuk mengembalikan penglihatan mereka kian meningkat.



Untuk itu, SEB yang dibangunkan pada 1991, bertanggungjawab dalam menyediakan tisu kornea manusia untuk pesakit yang memerlukan pemindahan kornea.



SEB juga menguruskan Program Derma Mata Hospital tempatan dengan jayanya, dan terlibat secara aktif dalam program derma berbilang organ kebangsaan.



Sejak beberapa tahun, mereka telah memperkenalkan daya usaha untuk meningkatkan kesedaran awam dan menyeru kepada warga Singapura untuk sama-sama membantu mengurangkan stigma terhadap derma organ.



SEB berharap ia dapat terus meningkatkan kesedaran tentang derma kornea dan maju mencatat satu lagi kejayaan bagi tahun ini bagi memenuhi permintaan pesakit yang menunggu untuk menjalani draf kornea.



Di samping itu, ia akan juga menganjurkan beberapa persidangan peringkat serantau dan global, dalam usaha meningkatkan penyelidikan dalam bidang pemindahan kornea.



Sementara itu, Pengarah Perubatan SEB, Professor Donald Tan, yang telah dianugerahkan Pingat Jose Rizal bagi Opthamlogi Akademi Asia Pasifik (APAO), atas sumbangan besarnya dalam usaha memajukan bidang perubatan mata di rantau Asia Pasifik.



Beliau merupakan warga Singapura kedua menerima anugerah kecemerlangan ini dalam masa 34 tahun.



Beliau juga merupakan diantara perintis pembedahan pemindahan kornea secara moden menerusi pembedahan pterygium, pemindahan sel tunjang permukaan okular dan pembedahan keratoprostesis.



Menghargai jumlah yang semakin meningkat, Profesor Tan berkata: "Saya berbesar hati melihat trend menderma kornea yang semakin meningkat di Singapura.



"Ini tidak boleh dicapai tanpa bantua rakan sepasukan saya di Bank Mata Singapura dan tentu sekali, seluruh negara yang bersatu padu dalam membuatnya menjadi nyata dengan bermakna sekali.



"Ia sesuatu yang amat memuaskan hati apabila kita dapat mengembalikan penglihatan seseorang dan membawa kelainan kepada kehidupan orang lain.



"Kami amat menghargai penderma dan ahli keluarga mereka kerana derma yang amat berharga untuk ramai individu tahun lalu dan kami harap derma yang diberikan akan terus meningkat untuk tahun-tahun seterusnya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >