Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah penduduk Singapura mencecah 5.7 juta, lebih 22,550 warga baru

Sep 25, 2019 | 04:01 PM



JUMLAH penduduk di Singapura mencecah lebih 5.7 juta, didorong oleh kelahiran di kalangan warga Singapura dan warga baru.



Secara keseluruhan, ia meningkat sebanyak 1.2 peratus dari Jun 2018 hingga Jun 2019, iaitu peningkatan sebanyak 65,000. 



Kadar baru ini adalah lebih seganda berbanding tempoh 12 bulan sebelumnya apabila penduduk berkembang hanya 0.5 peratus.



Jumlah warga Singapura meningkat sebanyak 0.8 peratus antara Jun 2018 dengan Jun 2019, untuk mencapai 3.5 juta.



Dalam tempoh yang sama, bilangan bukan penduduk meningkat sebanyak 2 peratus kepada 1.68 juta, didorong oleh kehadiran lebih ramai pekerja asing - khususnya, pemegang permit pekerjaan - iaitu mereka yang bekerja dalam sektor perkhidmatan dan pembinaan.



Jumlah penduduk tetap (PR)  kekal stabil pada paras 530,000 sehingga Jun tahun ini.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >