Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah penduduk S'pura 5.64 juta, naik 3.4%

Sep 28, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH penduduk Singapura naik sebanyak 3.4 peratus dalam tempoh setahun kepada 5.64 juta Jun tahun ini, dipengaruhi oleh pemulihan daripada pandemik Covid-19, setelah mencatat kemerosotan selama dua tahun berturut-turut.



Bilangan itu bagaimanapun masih sedikit lebih rendah berbanding paras 5.70 juta sebelum pandemik melanda pada Jun 2019.



Demikian laporan tahunan Sorotan Penduduk oleh Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD) yang diterbitkan semalam.



Laporan itu turut mendapati bahawa penduduk Singapura sedang menua dengan pesat, dengan kadar kesuburan rendah dan jangka hayat yang lebih panjang.



Kadar penduduk warga berumur 65 tahun dan ke atas didapati berkembang pada kadar yang lebih pantas berbanding sedekad lalu iaitu daripada 11.1 peratus pada 2012 kepada 18.4 peratus tahun ini.



Menjelang 2030, sekitar satu dalam empat warga akan berusia 65 tahun dan ke atas.



Kumpulan besar baby boomers iaitu mereka yang lahir antara 1946 dengan 1964, telah mula memasuki lingkungan umur selepas 65 tahun.



Ini menjadikan umur median penduduk warga di Singapura meningkat daripada 42.5 tahun kepada 42.8 tahun antara Jun tahun lalu dengan Jun tahun ini.



Bilangan warga berusia 80 tahun dan ke atas juga telah meningkat sebanyak lebih 70 peratus tahun ini berbanding sedekad lalu.



Sebanyak 31,713 kelahiran warga pula dicatat tahun lalu, serupa dengan 31,816 kelahiran warga pada 2020.



Kadar Kesuburan Keseluruhan (TFR) penduduk pulih sedikit daripada paras terendah 1.10 pada 2020 kepada 1.12 tahun lalu.



Ini bagaimanapun masih lebih rendah berbanding paras sebelum pandemik sebanyak 1.14 pada 2019.



Dalam tempoh lima tahun lalu dari 2017 hingga 2021, sekitar 32,200 bayi warga dilahirkan setahun secara purata, lebih rendah daripada purata 32,900 setahun dalam tempoh lima tahun sebelumnya.



"Ini adalah kerana bilangan kelahiran yang rendah sedikit pada 2020 dan 2021, yang mungkin sebahagiannya disebabkan oleh kelewatan dalam rancangan perkahwinan dan melahirkan anak memandangkan ketidaktentuan yang disebabkan oleh Covid-19," kata laporan itu.



Bilangan warga yang mendirikan rumah tangga pula naik 20.6 peratus kepada 23,433 tahun lalu, berbanding 19,430 pada 2020.



Bilangan itu juga lebih tinggi berbanding 22,165 perkahwinan warga yang dicatat pada 2019 iaitu sebelum pandemik melanda.



Menurut laporan itu, hingga Jun tahun ini, terdapat 3.55 juta penduduk warga dan 0.52 juta penduduk tetap di sini.



Bilangan penduduk warga dan penduduk tetap masing-masing naik sebanyak 1.6 peratus dan 6.3 peratus antara Jun tahun lalu dengan Jun tahun ini.



Ini rata-rata disebabkan oleh pelonggaran sekatan perjalanan berkait dengan Covid-19, sedang lebih ramai warga dan penduduk tetap yang sebelum ini kekal di luar negara secara berterusan selama 12 bulan atau lebih pulang ke Singapura, kata laporan itu.



Bilangan bukan penduduk, yang terdiri daripada tenaga kerja asing merentas semua jenis pas, tanggungan dan pelajar antarabangsa, pula seramai 1.56 juta.



Bilangan ini naik 6.6 peratus dari Jun tahun lalu hingga Jun tahun ini, rata-rata disebabkan oleh pemulihan dalam paras pengambilan kerja asing di Singapura dalam tempoh itu, ekoran pelonggaran sekatan perjalanan.



Jumlah bukan penduduk bagaimanapun masih lebih rendah berbanding paras sebelum Covid-19 sekitar 1.68 juta pada Jun 2019.



LAPORAN SELANJUTNYA: Kadar kelahiran bayi di S'pura naik sedikit pada 2021 




SEKILAS



PENDUDUK KESELURUHAN



- Jumlah keseluruhan penduduk Singapura naik 3.4 peratus daripada 5.45 juta pada Jun 2021 kepada 5.64 juta pada Jun 2022



- Jumlah penduduk warga naik 1.6 peratus kepada 3.55 juta pada Jun 2022



- Jumlah penduduk tetap naik 6.3 peratus kepada 0.52 juta pada Jun 2022



- Jumlah bukan penduduk naik 6.6 peratus kepada 1.56 juta pada Jun 2022



PROFIL USIA RAKYAT



- Kadar warga berusia 65 tahun dan ke atas naik daripada 11.1 peratus pada 2012 kepada 18.4 peratus pada 2022



PERKAHWINAN DAN KEIBUBAPAAN



- Jumlah perkahwinan warga naik 20.6 peratus kepada 23,433 pada 2021, berbanding 19,430 pada 2020



- Jumlah kelahiran warga ialah 31,713 pada 2021, serupa dengan 31,816 pada 2020



- Jumlah Kadar Kesuburan Keseluruhan (TFR) penduduk pulih sedikit daripada 1.10 pada 2020 kepada 1.12 pada 2021, tetapi masih lebih rendah berbanding 1.14 pada 2019 sebelum pandemik melanda



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >