Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah penduduk S'pura turun 0.3% kepada 5.69 juta orang

Sep 24, 2020 | 06:16 PM



BILANGAN penduduk bukan warga Singapura turun 2.1 peratus kepada 1.64 juta orang, menyebabkan penurunan dalam jumlah penduduk keseluruhannya menjadi 5.69 juta sepanjang tahun lalu hingga Jun.

Pandemik Covid-19 juga menyebabkan lebih ramai warga Singapura di luar negara pulang, dengan bilangan mereka turun dari 217,200 pada 2019 menjadi 203,500 pada 2020.



Penurunan itu berlaku di semua peringkat umur, tetapi lebih ketara di kalangan mereka yang berusia 20 hingga 24 tahun, kata laporan Ringkas Penduduk tahunan pemerintah yang dikeluarkan pada Khamis (24 September).



Terdapat juga pertumbuhan yang lebih perlahan dalam jumlah warga Singapura di luar negara dari 2015 hingga 2020, berbanding dengan tempoh lima tahun sebelumnya.



Secara keseluruhan, jumlah penduduk Singapura merosot 0.3 peratus.



Ini rata-rata disebabkan oleh pengurangan pengambilan pekerja asing dalam sektor perkhidmatan.



Daripada segi jenis pas, penurunan terbesar adalah bagi pemegang permit kerja.



Trend ini disebabkan oleh cabaran berkaitan Covid-19, ekoran permintaan yang lemah dan sekatan perjalanan, kata laporan itu.



Jumlah penduduk warga pula naik 0.6 peratus menjadi 3.52 juta hingga Jun.



Bilangan penduduk tetap (PR) kekal stabil pada 0.52 juta.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >