Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah penduduk S'pura turun 4.1% ke 5.45 juta sedang Covid-19 jejas bilangan tenaga kerja asing

Sep 28, 2021 | 07:10 PM



SINGAPURA mencatat penurunan bersejarah dalam bilangan penduduknya bagi tempoh setahun lalu sedang kesan sekatan dan keadaan pandemik Covid-19 dirasakan, dedah laporan kependudukan tahunan pemerintah pada Selasa (28 September).


Jumlah penduduk keseluruhan Singapura hingga Jun turun buat tahun kedua berturut-turut, kepada 5.45 juta daripada 5.69 juta pada 2020.


Penurunan 4.1 peratus itu adalah penurunan peratusan terbesar - dan hanya kejadian pertumbuhan negatif ketiga - sejak 1950, menurut data dari Jabatan Statistik Singapura itu.


Penurunan jumlah penduduk keseluruhan sebelum ini dicatatkan pada 2020 (0.3 peratus) dan 1986 (0.1 peratus).


Walaupun bilangan penduduk pemastautin juga turun sedikit, penurunan tahun ini berpunca rata-rata daripada penurunan 10.7 peratus dalam bilangan bukan pemastautin, yang turun ke 1.47 juta hingga Jun.


Seperti tahun lalu - apabila penurunan adalah 2.1 peratus - bilangan bukan pemastautin turun rata-rata disebabkan oleh penurunan pengambilan pekerja asing di tengah-tengah sekatan perjalanan dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.


Penurunan itu  dilihat dalam semua jenis pas yang dikeluarkan kepada bukan pemastautin, dengan pemegang permit kerja dalam sektor pembinaan, limbungan kapal laut dan proses mengalami penurunan terbesar.


Pekerja itu membentuk 20 peratus bukan pemastautin, berbanding dengan tanggungan (18 peratus) dan pembantu rumah migran (16 peratus).


Pemegang pas pekerja dan pas S masing-masing membentuk 11 peratus daripada kumpulan itu.


Bilangan penduduk rakyat Singapura juga turun sebanyak 0.7 peratus menjadi 3.5 juta, sementara bilangan penduduk tetap (PR) turun 6.2 peratus menjadi 0.49 juta.


Ini adalah penurunan tahun ke tahun pertama bagi kedua-dua bilangan penduduk rakyat Singapura dan pemastautin sejak data dikumpul pada 1970.


Penduduk pemastautin terdiri daripada rakyat dan penduduk tetap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >