Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah pengundi kini 2.46 juta

Apr 07, 2015 | 03:40 PM



TERDAPAT sejumlah 2,460,484 pengundi dalam daftar pengundi, demikian menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) menyusuli semakan yang telah dibuat dan disahkan pada 7 April lalu dan buat diperiksa orang ramai.


Dalam kenyataannya, ELD menyatakan, warga Singapura yang ingin memeriksa butir peribadi mereka dalam daftar pengundi boleh berbuat demikian menerusi salah satu cara ini:


- secara dalam talian di laman Jabatan Pilihan Raya di www.eld.gov.sg; atau membawa kad pengenalan untuk memeriksa di salah satu tempat berikut


- balai rakyat atau kelab masyarakat


- di kedutaan Singapura di luar negara yang bertindak sebagai pusat pendaftaran pengundi; dan,


- di Jabatan Pilihan Raya di Prinsep Street, dekat stesen Dhoby Ghaut MRT


Mereka yang namanya telah ditarik keluar dari daftar pengundi kerana tidak mengundi dalam pilihan raya lalu, boleh menyertakan semula nama mereka dalam daftar yang ada.


Mereka digalakkan untuk membuat permohonan awal untuk menyertakan semula nama mereka menerusi saluran-saluran yang telah dinyatakan.


Permohonan akan ditutup sebaik writ pilihan raya dikeluarkan.


Warga Singapura yang nama mereka disenaraikan dalam daftar pengundi dan telah menetap di Singapura bagi tempoh agregat sekurang-kurangnya 30 hari dalam tempoh tiga tahun antara 1 Februari dan 31 Januari 2015, boleh terus berdaftar sebagai pengundi luar negara dan mengundi di salah satu tempat mengundi yang ditetapkan untuk pilihan raya umum akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >