Jumlah pengunjung perpustakaan awam dikurang kepada 25 peratus, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Jumlah pengunjung perpustakaan awam dikurang kepada 25 peratus

Jul 22, 2021 | 05:30 AM

BILANGAN orang yang boleh berada secara serentak di dalam perpustakaan awam dikurangkan mulai hari ini.

Kapasiti operasi di perpustakaan awam dan arkib setempat telah dikurangkan daripada 50 peratus kepada 25 peratus, selaras dengan peralihan Singapura kepada langkah pengurusan selamat dipertingkat untuk menyekat penularan virus itu dalam masyarakat.

Dalam satu kenyataan semalam, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), berkata kesemua perpustakaan awamnya, Arkib Nasional Singapura (NAS) dan bekas Kilang Kereta Ford, akan terjejas dengan pengurangan itu.

Langkah tersebut sejajar dengan langkah pengurusan selamat Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) yang sebelum ini dikuatkuasakan pada Mei lalu.

"Kami juga akan menerapkan waktu kemasukan yang tertentu dan menggantung semua program fizkal termasuk lawatan, operasi di ruang mencipta, atau 'makerspace'(sebuah kemudahan penciptaan Teknologi Maklumat di perpustakaan) untuk memastikan kesihatan dan keselamatan awam tidak dikompromi," kata NLB.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ia juga berkata tempoh kunjungan di premis perpustakaan tersebut bagi setiap pengguna juga akan dikurangkan sedang ia memperkenalkan semula sistem kemasukan berdasarkan jadual tertentu bagi kedua-dua hari bekerja dan hujung minggu.

"Pengguna hanya boleh mengunjungi Perpustakaan Negara, ruang pembelajaran di tingkat lima Bangunan Perpustakaan Negara dan Arkib Nasional Singapura hingga dua jam, dan satu jam bagi perpustakaan-perpustakaan lain serta Bekas Kilang Kereta Ford," kata NLB lagi dalam kenyataannya.

Mereka yang ingin berkunjung ke kemudahan tersebut akan diperlukan membuat tempahan terdahulu menerusi laman /go.gov.sg/library-visit-booking Mereka juga boleh meneliti kapasiti pelanggan di perpustakaan dan arkib tempatan sebelum kunjungan mereka menerusi aplikasi mudah alih NLB atau laman go.gov.sg/library-visit-crowd.

Selain itu, NLB berkata kapasiti penonton bagi penayangan filem di Arkib Filem Asia di Oldham Theatre di tingkat tiga NAS juga akan dikurangkan daripada 50 orang kepada 33 orang bagi teater dan atriumnya.

"Langkah jarak selamat akan terus dikuatkuasakan di kawasan tempat duduk teater itu untuk mengurangkan pergaulan antara kumpulan. Hanya terdapat satu hingga dua penayangan filem pada setiap hari penayangan di Oldham Theatre," kata NLB.

Manakala Program Digital NLB akan terus disediakan bagi pelanggan dan perincian lanjut boleh didapati di www.asianfilmarchive.org.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map