Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah penumpang MRT, bas cecah paras 78% sebelum pandemik

Bilangan masih jauh daripada trend yang dicatatkan sebelum Covid-19; amalan bekerja hibrid di pejabat, rumah masih diteruskan
May 11, 2022 | 05:30 AM



BILANGAN penumpang MRT dan bas mencecah paras 78 peratus dari paras prapandemik pada minggu terakhir bulan lalu.



Ini selepas Singapura melonggarkan kebanyakan sekatan Covid-19 dan semua pekerja dibenarkan pulang ke tempat kerja serta had berhimpun secara berkumpulan ditiadakan.



Perangkaan tersebut merupakan peningkatan 10 peratusan mata berbanding 67 peratus yang dicatatkan pada minggu pertama Januari 2022.



Ketika itu saiz kumpulan dihadkan kepada sehingga lima orang dan hanya 50 peratus pekerja dibenarkan pulang ke tempat kerja.



Menurut perangkaan terkini Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam, bilangan penumpang pengangkutan awam pada waktu sibuk pagi juga naik daripada 59 peratus pada 2019 kepada 76 peratus.



Perangkaan tersebut dikeluarkan sedang ekonomi Singapura dibuka semula, dengan lebih ramai orang mula kembali keluar rumah.



Diminta mengulas, pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (Pengangkutan), Encik Saktiandi Supaat, berkata:



"Ia masih terlalu awal untuk melihat keadaan penumpang sebenar memandangkan masih ada syarikat yang mengamalkan aturan pekerjaan fleksibel atau sudah menyediakan prasarana untuk kekal bekerja dari rumah buat sementara, jadi kami masih harus meneliti perkembangan ini lagi.''



Namun, pengembalian kepada trend sebelum pandemik pada 2019 masih jauh.



Bilangan penumpang yang keluar dari stesen-stesen Kawasan Pusat Bandar (CBD) pada waktu sibuk sebelah pagi kekal pada paras 51 peratus.



Ia menunjukkan pekerja yang bekerja hibrid di pejabat dan di rumah masih lagi diteruskan.



"Trend penumpang di CBD menunjukkan terdapat perubahan dari segi waktu masuk pejabat, mungkin dengan waktu bertugas yang lebih fleksibel. Oleh itu, kami menjangkakan perubahan dari segi corak perjalanan penumpang selepas pandemik.



"Ia memerlukan penelitian terhadap cara operasi pengangkutan awam dirancangkan, termasuk kekerapan MRT dan bas yang lebih pendek pada waktu kurang sibuk," kata Profesor Madya Dr Raymond Ong dari Universiti Nasional Singapura (NUS).



Pemerintah dan pengendali pengangkutan awam berkata mereka sedang meneliti perangkaan berkenaan untuk mengkaji sekiranya ada perubahan yang tetap terhadap bagaimana orang ramai menggunakan pengangkutan awam.



Sekatan pandemik dan Covid-19 telah menjejas jumlah penumpang pengangkutan awam dan pendapatan tambang, dengan bilangan penumpang terendah dicatatkan pada 2020 dan 2021 sejak 2010.



Bagi tahun kewangan 2020/2021, LTA mendedahkan pendapatan tambang telah merosot 30 peratus dengan bilangan penumpang bagi bas dan rel menjunam 60 peratus berbanding tempoh sebelum Covid-19.



Secara berasingan, LTA berkata jumlah mereka yang menggunakan khidmat kereta sewa privet dan teksi bagi minggu 25 April hingga 1 Mei kekal berada pada paras 81 peratus sebelum pandemik, iaitu keadaan yang sama pada awal tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >