Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah penumpang udara boleh capai 50 peratus tahap sebelum Covid-19 tahun ini: CAAS

Mar 07, 2022 | 05:57 PM



SINGAPURA sedang merancang untuk bilangan penumpang udara pulih kepada 50 peratus tahap sebelum pandemik tahun ini, naik daripada 15 peratus sekarang.



Mengumumkan ramalan ini pada Isnin (7 Mac), Ketua Pengarah Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), Encik Han Kok Juan, berkata negara ini akan mula membuka sempadannya dengan lebih meluas, dan perjalanan akan kembali seperti sebelum Covid- 19 untuk pengunjung yang telah divaksin.



"Kami akan mengoptimumkan penggunaan terminal lapangan terbang, memudahkan pemeriksaan imigresen, ujian dan protokol pengurusan selamat yang lain, dan bekerjasama dengan sektor itu untuk meningkatkan operasi dan tenaga manusia bagi memastikan pengalaman Changi yang selamat dan lancar sedang orang ramai kembali," katanya.



Encik Han, yang menyampaikan ucapan perasmian di Forum Keselamatan Penerbangan kepada sekitar 200 ketua industri, berkata tahun ini akan menjadi tahun pemulihan bagi sektor penerbangan, kecuali berlaku keadaan yang tidak dijangka.



Beliau merujuk kepada rancangan yang diumumkan oleh pemerintah bulan lalu untuk membuka sempadan secara meluas kepada mereka yang divaksin terhadap Covid-19 selepas keadaan kesihatan awam stabil.



Mengenai prospek jangka pertengahan hab udara itu, beliau menukil ramalan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa bahawa perjalanan udara boleh pulih sepenuhnya ke tahap sebelum pandemik menjelang 2025.



Dari tahun depan hingga 2025, Singapura akan berusaha untuk mengambil semula kedudukannya dan membangun semula dengan lebih kukuh, tambah Encik Han. Ini akan dilakukan melalui kerjasama dengan industri untuk mengembangkan rangkaian, membina kapasiti, meningkatkan daya tahan dan membangunkan keupayaan.



Beliau juga berkata bahawa prospek jangka panjang penerbangan selepas 2025 kekal cerah.



"Kebimbangan Covid-19 dan perubahan iklim akan melemahkan pertumbuhan, tetapi permintaan perjalanan udara jangka panjang kekal teguh, disokong oleh asas ekonomi yang kukuh, kebangkitan Asia dan kelas pertengahan yang semakin berkembang," kata Encik Han.



"Sektor (penerbangan) akan bangkit semula dengan kuat seperti yang ia telah lakukan melalui krisis lalu seperti 9/11."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >