Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2022: USAHA BANTU PEKERJA TINGKAT KEMAHIRAN, RAIH GAJI TINGGI

Jumlah Persaraan Asas CPF naik 3.5% setahun 2023-2027, bayaran bulanan lebih tinggi

CPF
Feb 19, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH Persaraan Asas (BRS) Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan dinaikkan 3.5 peratus setiap tahun bagi lima kumpulan pekerja yang mencapai usia 55 tahun dari 2023 hingga 2027.



Dengan kenaikan itu, pencarum akan dapat menerima bayaran CPF bulanan lebih tinggi dalam tahun-tahun persaraan mereka, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



BRS ialah $96,000 bagi mereka yang mencapai usia 55 tahun tahun ini, dan ia akan meningkat kepada $99,400 pada 2023 dan $114,100 pada 2027.



Ini bermakna bayaran BRS bagi pencarum lelaki yang mencapai usia 55 tahun pada 2027 di bawah Pelan Standard CPF LIFE hampir $1,000 sebulan apabila mereka mencapai usia 65 tahun.



Jumlah itu lebih tinggi daripada sekitar $850 sebulan bagi pencarum lelaki yang mencapai usia 55 tahun tahun ini.



"Ini akan memberi mereka jaminan lebih besar bagi keperluan persaraan asas mereka," kata Encik Wong.



Beliau menambah bahawa tidak ada keperluan bagi pencarum menokok CPF mereka jika mereka tidak dapat mengetepikan BRS.



Mereka yang ingin bayaran bulanan lebih tinggi boleh mengetepikan Jumlah Persaraan Penuh (FRS), yang dua kali lebih tinggi BRS, atau Jumlah Persaraan Dipertingkat (ERS), yang tiga kali lebih tinggi BRS.



Pemerintah menjangka sekitar lapan daripada 10 pencarum CPF aktif yang mencapai usia 55 tahun pada 2027 akan dapat mengetepikan sekurang-kurangnya BRS, dan oleh itu menerima bayaran BRS sepadan atau lebih.



Dalam pada itu, Encik Wong berkata pemerintah akan terus meningkatkan kadar sumbangan CPF majikan dan pekerja bagi pekerja berusia 55 hingga 70 tahun menyusuli saranan yang dikemukakan Kumpulan Kerja Tiga Pihak mengenai Pekerja Lanjut Usia.



Kenaikan kadar sumbangan CPF majikan dan pekerja itu diumum pada 2019, dengan kenaikan pertama telah dilaksana bulan lalu.



Kadar sumbangan CPF bagi pekerja berusia 55 hingga 60 tahun dinaikkan daripada 26 peratus kepada 28 peratus bulan lalu.



Bagi pekerja berusia 60 hingga 65 tahun pula, kenaikan kadar sumbangan itu lebih kecil - daripada 16.5 peratus kepada 18.5 peratus.



Bagi pekerja berusia 65 hingga 70 tahun, ia naik daripada 12.5 peratus kepada 14 peratus.



Demi mengurangkan kenaikan kos perniagaan disebabkan kadar sumbangan CPF lebih tinggi itu, pemerintah menyediakan majikan Imbangan Peralihan CPF satu tahun yang bersamaan dengan separuh kenaikan sumbangan CPF majikan.



Encik Wong berkata pemerintah akan meneruskan langkah kenaikan seterusnya tahun depan, dan menyediakan imbangan serupa kepada majikan.



Pada Januari tahun depan, kadar sumbangan CPF bagi pekerja berusia 55 hingga 60 tahun akan naik kepada 29.5 peratus.



Bagi pekerja berusia 60 hingga 65 tahun, ia akan naik kepada 20.5 peratus manakala bagi pekerja berusia 65 hingga 70 tahun pula, ia akan meningkat kepada 15.5 peratus.



Imbangan Peralihan CPF satu tahun yang serupa akan secara automatik disediakan kepada majikan bagi kenaikan pada tahun depan itu.



"Ini bermakna pekerja berusia 55 hingga 70 tahun akan menyaksikan kenaikan keseluruhan tiga hingga empat mata peratusan dalam kadar sumbangan CPF mereka sepanjang dua tahun ini," kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >