Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah pesalah imigresen catat paras terendah dalam 13 tahun

Feb 12, 2014 | 03:50 PM



KESELURUHAN jumlah pesalah imigresen yang diberkas tahun lalu mencatat paras terendah dalam tempoh 13 tahun. 


Bagaimanapun jumlah majikan dan mereka yang diberkas kerana memberi perlindungan kepada pesalah imigresen mencatat kenaikan yang tinggi.


Mendedahkan perangkaan tahunannya, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata, sejumlah 2,530 pesalah dicekup tahun lalu - penurunan 2 peratus daripada 2,580 pada 2012.


Mereka merangkumi 600 pendatang asing tanpa izin dan 1,930 mereka yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan tanpa sokongan dokumen.


Sebagai perbandingan, seramai 690 pendatang asing tanpa izin dan 1,890 orang yang tinggal melebihi masa yang ditetapkan telah diberkas pada 2012.


Bagaimanapun, jumlah pesalah yang diberkas kerana memberi perlindungan kepada pesalah imigresen telah meningkat tiga kali ganda - dari 77 pada 2012 kepada 233 pada tahun lalu, sementara majikan yang diberkas bagi pesalah-pesalah ini meningkat lebih seganda dari 41 kepada 97 orang dalam tempoh yang sama.


ICA berkata, ini disebabkan ia telah mengambil alih daripada pihak polis kesemua siasatan berhubung perlindungan dan menggajikan pesalah imigresen, demi memudahkan pengurusan kes-kes berkaitan imigresen.


Ia juga telah memulakan program mendekati masyarakat bagi mendidik orang ramai tentang peranan pihak berkuasa terhadap keselamatan sempadan, dan memberi amaran kepada pihak awam tentang kesalahan-kesalahan imigresen.


Perangkaan-perangkaan lain termasuklah, peningkatan 24.3 peratus bagi kes-kes penyeludupan rokok - dari 80,000 pada 2012 kepada 99,700 tahun lalu.


Beberapa barangan yang turut dirampas ICA termasuk sarang burung, tembakau, bunga api, bintang ninja dan alat pemukul buku jari.


"Sedang para penyeludup barangan terlarang mencipta cara-cara baru untuk menyembunyikan barangan mereka, mereka juga menggukan gunakan helah lama untuk elak pengesanan.


"Kaedah penyembunyian yang sama juga boleh digunakan pengganas untuk menyeludupkan bahan-bahan merbahaya seperti senjata atau peledak untuk dibawa masuk ke Singapura," kata ICA.


Satu undang-undang baru di bawah Akta Imigresen yang berkuatkuasa pada 19 Disember 2012 yang menghukum mereka yang berkahwin sebagai helah untuk tujuan lain turut membawa kepada 124 orang disabit di bawah undang-undang itu pada tahun lalu.


Seramai 160 lagi pula didapati bersalah membuat kenyataan palsu bagi mendapatkan pelepasan imigresen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >