Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah rekod 96,000 individu di S'pura terima bantuan kewangan ComCare sewaktu pandemik

Oct 13, 2021 | 08:43 PM



JUMLAH individu yang menerima bantuan kewangan daripada ComCare, sebuah jaringan keselamatan sosial utama buat golongan berpendapatan rendah di Singapura, adalah yang tertinggi dalam tahun kewangan yang lalu sejak dana ini dibentuk pada 2005.



Seramai 96,040 penerima bantuan berada dalam pelbagai skim Dana Endowmen Jagaan Masyarakat (Dana ComCare) pada tahun kewangan lalu yang berakhir pada Mac. Ia adalah tambahan 22 peratus daripada 78,850 penerima bantuan pada tahun sudah.



Angka kedua tertinggi yang dicatat sejauh ini adalah bagi tahun kewangan yang berakhir pada Mac 2015, di mana terdapat 91,093 penerima bantuan.



ComCare mengagihkan bantuan kewangan sejumlah $236 juta pada tahun kewangan terakhirnya, lonjakan 56 peratus daripada $151 juta pada tahun sebelumnya. Jumlah ini juga merupakan yang paling banyak diberi sejak pelaksanaan dana ini.



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mengeluarkan laporan tahunan dan trend ComCare pada Rabu (13 Oktober).



Tambahan pada jumlah yang diberi itu sebahagian besarnya adalah kerana peningkatan ketara pada jumlah individu di dalam skim Bantuan Jangka Pendek Hingga Sederhana (SMTA) ComCare.



Skim ini menyediakan bantuan kewangan sementara dan bantuan lain bagi mengurangkan bebanan penerima sewaktu tempoh sukar sedang mereka mencari pekerjaan atau sakit.



Sejumlah 80,449 individu berada dalam skim SMTA pada tahun kewangan lalu, tambahan sebanyak 25 peratus daripada tahun sebelum itu.



Ini adalah kerana kegetiran ekonomi yang berpunca daripada pandemik Covid-19 dan fleksibiliti yang diamalkan Pejabat Khidmat Sosial dalam menyediakan bantuan ComCare buat mereka yang memerlukan, jelas MSF.



Sebagai contoh, MSF secara automatik melanjutkan tempoh sokongan bagi penerima bantuan ComCare yang sedia ada di mana bantuan mereka tamat antara Mei dengan Oktober tahun lalu bagi tempoh lanjutan enam bulan untuk membantu mereka keluar dari kesukaran pandemik ini.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata: "Banyak keluarga dan ramai individu terjejas akibat pandemik Covid-19 yang berlarutan, justeru kami memudahkan mereka mendapatkan sokongan kewangan dan bangkit lebih perkasa lagi."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >