Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah relawan Fitrah bertambah walau Covid-19: Muis

Relawan Fitrah yang hulur bantuan kepada pesalah, keluarga mereka terima sehingga 105 anggota baru
Feb 01, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai relawan kini tampil menyumbang bakti kepada masyarakat meskipun terdapat pelbagai hambatan disebabkan oleh Covid-19.



Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) menyaksikan 105 relawan baru semasa tempoh tertinggi kes Covid-19 di Singapura - antara Mei dengan Disember tahun lalu, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.



Daripada jumlah itu, 92 relawan baru mendaftar sebagai pendamping masyarakat manakala baki 13 relawan menjadi kaunselor agama pusat khidmat itu.



Jumlah tersebut sekali gus membentuk lebih 25 peratus daripada 401 tenaga relawan yang menyertai pusat khidmat itu sejak ia ditubuhkan pada April 2019.



Fitrah kini mempunyai 143 kaunselor agama, dengan 103 daripada mereka terlatih.



Sementara itu, 143 daripada 258 pendamping masyarakat pusat khidmat itu telah menjalani latihan dan kekal aktif, menurut Muis.



Fitrah awalnya hanya mempunyai 36 pendamping masyarakat rintis.



"Ini sememangnya membuktikan dedikasi Fitrah bekerjasama dengan relawan untuk terus mendekati keluarga rentan dalam masyarakat kita dan pemulihan bekas pesalah," kata Muis.



Kelmarin, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim mengunjungi para relawan di sesi latihan relawan pertama Fitrah untuk tahun ini.



Seramai 30 pendamping mengikuti bengkel latihan untuk relawan yang akan dikerahkan membantu pesalah di penjara, manakala 13 khatib dan kaunselor agama menjalani latihan pengenalan semula untuk memberi ucapan di hadapan awam bagi meningkatkan pengalaman solat Jumaat kepada pesalah.



Di sesi latihan kelmarin, Dr Faishal turut menyampaikan surat pelantikan kepada kaunselor agama dan khatib baru Fitrah.



Menyambut baik kenaikan bilangan relawan di Fitrah, Dr Faishal mengatakan usaha pusat khidmat itu dalam masa genting pandemik ini adalah "terpuji dan penting".



Dr Faishal berkata:



"Kesejahteraan pesalah dan mereka kekal berada dalam laluan pemulihan adalah proses penting dan harus berterusan.



"Saya berbesar hati melihat para kaunselor agama dan pendamping masyarakat tidak henti mendampingi pesalah semasa tempoh Covid-19... mengukuhkan iman dan daya tahan pesalah menerusi sesi telesidang."



Dr Faishal turut menggesa lebih ramai anggota masyarakat untuk tampil menyinsing lengan bersama- sama Fitrah.



"Bukan sahaja banduan dan bekas pesalah yang didekati, tetapi kita perlu terus mendampingi anggota keluarga pesalah supaya mereka tidak ketinggalan atau rasa terpinggir daripada masyarakat sedang kita maju bersama sebagai Masyarakat Gemilang," katanya.



Dr Faishal menambah bahawa para relawan membentuk "tulang belakang" program yang ditawarkan Fitrah.



"Relawan adalah tulang belakang program-program Fitrah. Masyarakat Melayu/Islam yang berjaya berlandaskan rangkaian penjagaan tempatan yang kuat. Oleh itu, kita mesti terus memastikan keluarga rentan sentiasa disokong."



Sejak dilancarkan pada 2019, program Fitrah telah menyediakan khidmat sokongan dipertingkat kepada pesalah Melayu/Islam selain memberi sokongan kepada keluarga mereka.



Ia merupakan gabungan usaha antara Muis dengan masjid-masjid setempat, Kementerian Dalam Negeri (MHA), Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), rakan kerja M Kuasa Tiga (M3) iaitu Mendaki, Mesra serta pelbagai badan masyarakat lain.



Laporan lanjut: Latar beza, misi sama - bantu pesalah dan keluarga rentan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >