Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah sisa dijana sehari naik 7 kali ganda sepanjang 40 tahun

DPM Heng: Lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk galak amalan kitar semula yang betul
Dec 04, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN usaha untuk "mengurangkan, menggunakan semula, dan mengitar semula" telah dijalankan sekian lama, jumlah sisa yang dijana setiap hari telah meningkat tujuh kali ganda sepanjang empat dekad yang lalu, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



Melahirkan keprihatinannya, beliau berkata bahkan, sekitar 40 peratus kandungan yang ditemui dalam tong kitar semula hari ini tidak boleh dikitar semula dek kontaminasi.



"Kita boleh melakukan lebih banyak lagi untuk menggalak usaha mengitar semula - bukan sekadar kitar semula lebih banyak, tetapi kitar semula dengan betul," kata beliau, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi.



Encik Heng berkata demikian semasa berucap di acara pelancaran Bersih dan Hijau Singapura 2022 di Maktab Rendah Eunoia semalam, di mana beliau turut mengumumkan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) akan melancarkan Program Penukaran Kerjaya (CCP) yang pertama bagi Karyawan Kemampanan.



Dalam ucapannya itu, beliau berkata gerakan bersih dan hijau adalah dan akan terus menjadi usaha seluruh masyarakat.



Meskipun kempen nasional pada awalnya diterajui pemerintah, pendekatan itu telah beralih ke arah membentuk kerjasama kukuh dengan masyarakat untuk mengambil inisiatif dalam menjaga sekitaran.



"Gerakan Bersih dan Hijau telah menjadi bahagian penting dalam usaha masyarakat ini, untuk mempertingkat kesedaran awam, menggalak tanggungjawab peribadi, dan untuk memulakan tindakan dalam masyarakat.



"Setiap tahun, kita berusaha untuk melakukan lebih banyak dan lebih baik," kata beliau.



Untuk menyokong usaha kitar semula, isi rumah boleh mendapatkan Bloobox, iaitu kotak kitar semula di rumah, dalam beberapa bulan mendatang, yang akan membantu individu mengenali pasti barang yang boleh dan tidak boleh dikitar semula dan cara mengasingkan barang e-sisa.



Namun, Encik Heng berkata selain sumbangan individu, setiap orang juga boleh tampil untuk menyumbang masa dan kepakaran sebagai sukarelawan.



Misalnya, individu boleh menyertai gerakan berkebun nasional Community in Bloom yang menyatukan penduduk muda dan tua untuk berkebun bersama, dengan gerakan itu sejauh ini telah berjaya mengadakan lebih 1,800 kebun masyarakat di seluruh negara.



Selain itu, individu yang ingin memulakan projek masyarakat baru boleh memanfaatkan Dana Eko SG, di mana $50 juta telah diperuntukkan. Lebih 140 projek telah disokong melalui dana itu, kata Encik Heng.



Sedang Singapura mengharungi gelombang hijau sejagat, Encik Heng bekata lebih banyak pekerjaan berkaitan kemampanan akan diwujudkan dalam industri khidmat sekitaran dan di luarnya.



Oleh itu, CCP bagi Karyawan Kemampanan yang bakal dilancarkan akan membantu melengkapi pekerja dengan kemahiran relevan, termasuk dalam pematuhan dan laporan kemampanan dan juga perakaunan karbon.



Menurut Encik Heng, mereka menjangkakan 200 individu untuk meraih manfaat daripada program itu dalam hanya beberapa bulan mendatang.



"Menerusi program pertengahan kerjaya sedemikian dan selanjutnya, kami berharap dapat mengalu-alukan lebih ramai pekerja menyertai ekonomi hijau yang semakin berkembang dan memberi kesan lebih langsung untuk memastikan Singapura bersih dan hijau," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >