Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumpa empat tengkorak tambahan, dua batang gigi sepanjang satu inci dan peluru

May 30, 2018 | 05:30 AM



SELAIN menemui tulang-belulang serba lengkap - daripada tengkorak, lengan, paha, punggung dan rusuk - Encik Muhammad Faqih Haji Ahmad Ralip kehairanan apabila menemui empat tengkorak tambahan ketika menggali sebuah kubur lama di Race Course Road.



Di tanah perkuburan River Valley Road pula, beliau seram sejuk apabila dua batang gigi lebih seinci panjangnya di samping saki-baki mayat yang lengkap.



Bagi mendapatkan penjelasan, beliau bertanyakan arwah bapanya, Allahyarham Haji Ahmad Ralip Hussein, yang secara berjenaka menyatakan empat tengkorak tambahan yang ditemuinya mungkin angkara "bai potong kepala untuk buat jambatan".



Bagi dua batang gigi yang panjang itu pula, Encik Faqih, 50 tahun, ayah empat anak, menukil arwah ayahnya yang berkata: "Jangan tunjuk orang kerana tak mahu waris salah faham atau timbul salah tanggapan!



"Nanti dia orang cakap kubur hantulah... pontianak 'kan panjang gigi taringnya. Jangan aibkan mayat, kasihan arwahnya.''



Kesemua itu hanya sekelumit daripada pelbagai penemuan ketika beliau dan pekerja lain menjalankan kerja-kerja menggali di beberapa kubur lama di serata Singapura untuk dipindahkan ke Pusara Abadi.



Bagi Haji Mohd Thaha Salleh, 50 tahun, beliau biasanya menemui tulang saki-baki mayat berwarna hitam tetapi di sebuah kubur di Pulau Seking, tulang saki-baki mayat berwarna putih bersih yang dipercayai mayat penghulu pulau tersebut.



Tidak kurang daripada penggali yang berdepan dengan kejadian seperti saki-baki mayat yang mengeluarkan bau amat harum apabila liang lahadnya digali dan mayatnya masih utuh meskipun telah berpuluh tahun dikebumikan.



"Dengarnya mayat sedemikian semasa hidupnya mereka mengajar dan membaca Al-Quran, banyak berbuat baik dan melakukan amal soleh. Kita tak perlu hairan kerana Allah nak tunjukkan kebesaran-Nya,'' celah Encik Ismail Aim, 63 tahun, ayah tiga anak.



Encik Zulkifli Ahmad Salim, 53 tahun, ayah empat anak, pula pernah menemui beberapa butir peluru ketika menggali kubur tanpa waris yang menuntutnya di Kubur Bidadari.



"Sedang saya gali tanah, geseran mata cangkul dengan sesuatu seperti logam mengeluarkan percikan api. Apabila ini terjadi beberapa kali, saya jadi takut dan segera beredar daripada kubur tersebut. Kami laporkan kepada polis yang datang mengawal kawasan sekitarnya.



"Saya dan rakan-rakan terus gali dengan tangan dan menjumpai banyak peluru yang tertanam dalam kubur tersebut. Patutlah tiada waris yang datang menuntut,'' sambungnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >