Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Juri rakyat pertama di S'pura bentang saranan atasi kencing manis

Jan 14, 2018 | 05:30 AM



JURI rakyat yang ditubuhkan buat kali pertama di Singapura telah membentangkan sebanyak 12 saranan semalam bagi memerangi kencing manis.



Antara saranan itu, termasuk menyediakan lebih banyak penyejuk air di serata Singapura bagi menggalakkan peminuman air putih, membolehkan lebih banyak Medisave digunakan bagi rawatan penyakit kronik dan menubuhkan kumpulan sokongan bagi pesakit diabetes.



Juri itu memberikan laporan yang mengandungi saranan tersebut kepada Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Amy Khor, selepas mengadakan tiga sesi perbincangan sepanjang tujuh minggu lalu, selain perbincangan dalam talian menerusi wadah seperti aplikasi WhatsApp.



Tidak seperti kebanyakan kaedah perbincangan lain kendalian pemerintah, proses Juri Rakyat ini melibatkan peserta secara langsung, termasuk dari segi penulisan laporan yang 'tidak disunting dan tidak diubah', kata Dr Khor.



Kementerian Kesihatan (MOH) akan mengkaji saranan itu dan akan memberikan respons mereka dalam masa tiga bulan.



"Jika ia boleh dilaksana, kami akan bekerjasama dengan (Juri Rakyat) untuk melakukannya. Jika saranan itu boleh diperhalusi, kami akan menerangkan kepada mereka. Jika masa tidak sesuai bagi saranan itu dilaksana, kami juga harus menerangkannya," ujar Dr Khor.



Langkah melibatkan orang awam dalam usaha mengatasi masalah kencing manis itu diambil sedang Singapura melancarkan 'peperangan' terhadap penyakit tersebut yang menjejas satu dalam sembilan orang dewasa di negara ini.



Konsep Juri Rakyat itu dilaksanakan di negara seperti Australia, dan merupakan satu usaha 'pendekatan perundingan' bagi menggalak rakyat negara itu sama-sama menghuraikan isu, kata Dr Khor.



Juri rakyat pertama di Singapura itu mempunyai seramai 76 anggota daripada pelbagai latar belakang, termasuk Cik Suhaidah Shahril, 25 tahun, seorang konsultan dalam sektor kewangan.



Kumpulannya telah menyarankan langkah menyediakan lebih banyak penyejuk air di tempat seperti bangunan awam dan pusat penjaja bagi mengurangkan pengambilan air manis.



"Menerusi proses ini, saya berharap agensi pemerintah sedar bahawa rakyat bukan sahaja boleh menyumbang idea, bahkan melakukannya dengan cara lebih bermakna," ujar Cik Suhaidah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >