Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jurong West catat hujan paling lebat pada Isnin

Mar 07, 2022 | 09:16 PM



HUJAN paling lebat pada Isnin (7 Mac) dicatat di barat Singapura pada paras 134.2 milimeter di stesen hujan Jurong West Street 42 dari 2.35 petang hingga 4.45 petang.



Paras itu sama dengan 88 peratus purata hujan bulanan bagi bulan Mac di Singapura.


Ia juga berada dalam lingkungan satu peratus teratas bagi rekod hujan harian maksimum sejak 1981.


Dalam kenyataannya semalam, agensi air negara, PUB, berkata disebabkan hujan lebat di banyak kawasan petang semalam, banjir kilat berlaku di Jurong East Street 32 pada 3.20 petang dan Enterprise Road pada 4.05 petang.


"Pasukan Tindak Balas Cepat PUB dikerahkan untuk memberi bantuan kepada pengguna jalan raya dan mengarahkan lalu lintas sambil menutup jalan raya di lokasi terjejas," kata PUB.


Kedua-dua banjir itu susut dalam masa 30 minit, tambahnya.


PUB turut mengeluarkan amaran banjir bagi Choa Chu Kang Avenue 1 dan Teck Whye Lane pada sekitar 3.25 petang, dan Woodlands Road serta Ekspreswe Kranji pada 3.30 peteng.


Paras air dalam longkang juga naik kepada 90 peratus di Boon Lay Way dan kawasan berhampiran seperti Jalan Boon Lay, International Road, Chin Bee Road dan Sungei Lanchar.



Seorang pemandu lori dilaporkan terperangkap dalam kenderaannya yang sebahagiannya ditenggelami banjir kilat di Old Chua Chu Kang Road sekitar 3.45 petang Isnin.



Kakitangan dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memasuki air sedalam 1.5 meter dan memasang pelampung pada pemandu, sebelum membawanya ke tempat selamat sekitar 10 meter dari situ.



Hujan dengan guruh dijangkakan bagi kebanyakan hari dalam separuh pertama bulan ini, menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS).


Ini kerana jalur hujan monsun berkemungkinan kekal di rantau ini, dengan ramalan musim monsun timur laut berterusan di Singapura untuk separuh pertama bulan ini.


Hujan lebat pada sebelah petang juga dijangka dari Selasa hingga Khamis, menurut ramalan empat hari Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).


Ia juga meramalkan hujan turun pada petang Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >