Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jurujual penipu Sim Lim dihukum penjara enam bulan

Mar 01, 2016 | 01:06 PM



SEORANG jurujual telefon bimbit berusia 40 tahun yang menipu pelanggan asing di dua kedai berasingan di Sim Lim Square pada 2014 dihukum penjara enam bulan pada Isnin (29 Feb).


Tan Wei Ping mengaku bersalah terhadap dua tuduhan bersubahat dengan bos Gadget Terminal, Cheong Choon Cheick, 33 tahun, alias Gavin, dan dengan pemilik Mobile Apps, Tee Boon Chien, 29 tahun, untuk melakukan kesalahan itu.


Tan pekerja kedua Gadget Terminal yang dihukum, dan yang pertama daripada Mobile Apps. Kedua-dua kedai itu telah ditutup.


Beliau bekerja untuk Chung dari Oktober 2013 hingga Jun 2014, dan menerima komisen pada jualan bagi jualan yang dibuatnya di Gadget Terminal.


Chung didakwa mengajar kakitangannya menawarkan telefon pada harga menarik dan menggunakan muslihat kotor untuk mendapatkan lebih banyak wang daripada pelanggan setelah harga dipersetujui.


Pada 8 Mac 2014, Tan menyebut bagi seorang teknisyen Bangladesh berusia 31 tahun yang bekerja di sini harga $150 bagi telefon Motorola Moto G.


Selepas pelanggan menyerahkan kad ATM, Tan menutup skrin terminal Nets dan memberitahu beliau supaya memasukkan PIN. Tan memberi alasan dia perlu memegang terminal itu sedemikian "supaya terminal Nets akan disambungkan".


Bagaimanapun, transaksi itu tidak diluluskan kerana Tan cuba mengenakan bayawan $1,050 tetapi pelanggan itu mempunyai hanya $500 dalam akaun bank beliau.


Tan kemudian menyuruh teknisyen itu membayar secara tunai dan menandatangani dokumen. Selepas itu, dia menuntut tambahan $900 untuk "jaminan" yang beliau telah tandatangani.


Apabila pelanggan menyoalnya, Tan memakinya dan menyuruhnya supaya pergi.


Malah apabila mangsa menghubungi polis, Tan berkata ada "yuran pembatalan" dan mengembalikan hanya $60.


Pada 6 Oktober 2014, enam hari selepas Tan mula bekerja di Mobile Apps, dia menyebut bagi seorang teknisyen berusia 23 tahun dari China yang bekerja di sini harga $1350 bagi telefon iPhone 6 Plus.


Selepas pelanggan membayar, Tan menyuruh beliau menandatangani "jaminan" 12 bulan. Tan kemudian memberitahunya ia berharga $1,188, dan jika dia tidak bayar, dia akan kembali hanya $450.


Selepas rundingan, Tan mengurangkannya kepada $650 dan pelanggan tersebut membayarnya.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Faizal Noor Aznan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga hingga empat bulan bagi setiap pertuduhan, dan agar hukuman dijalankan berturutan.


Beliau berkata kededua mangsa mudah terpedaya dan pendapatan hanya $1,000 sebulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >