Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jurulatih Hougang United Amin Nasir meninggal

Jan 16, 2017 | 03:29 PM



BEKAS pemain bola sepak antarabangsa Singapura dan jurulatih Hougang United, Amin Nasir, meninggal dunia Isnin (16 Jan).



Allahyarham Amin, 48 tahun, meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.



Allahyarham Amin, abang bekas kapten Singapura Nazri Nasir, pertama kali didiagnosis dengan barah usus peringkat keempat pada 2012.



Anaknya, Ashrul Syafeeq, adalah pemain pertahanan dengan pasukan Liga-S Balestier Khalsa.



Allahyarham Amin adalah ketua jurulatih kelab Liga-S Hougang United pada 2014 dan Ketua Jurulatih Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Pusat Kecemerlangan Juniors, akademi kelab dan Akademi Bola Sepak Sekolah-sekolah semasa kematiannya.



Satu kenyataan di laman web FAS menyatakan: "Majlis, pengurusan dan kakitangan Persatuan Bola Sepak Singapura amat sedih dengan pemergian Encik Amin Nasir.



"Seorang bekas pemain antarabangsa yang bermain bagi pasukan kebangsaan pada 1990-an, Amin merupakan sebahagian daripada skuad yang memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA 1993. Seorang penyokong kuat permainan yang bersih, Amin sentiasa bermain dengan kesungguhan dan sangat dihormati oleh rakan sepasukan, lawan dan pegawai di dalam dan luar padang.



"Seorang yang amat percaya pada pembangunan belia, Amin bertekad untuk membina masa depan yang lebih cerah bagi bola sepak Singapura dan telah menghabiskan sebahagian besar tahun-tahun selepas bermain melatih bakat-bakat bola sepak muda. Melalui semangat dan dedikasinya, Amin membimbing dan membangunkan ramai jurulatih muda dan bakat baru dalam pelbagai pasukan kumpulan umur yang beliau terajui sepanjang dekad yang lalu.



"Bagi golongan bola sepak Singapura, kami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Amin. Ingatan dan doa kami bersama mereka dalam masa yang sukar ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >