Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BELANJAWAN: MANFAAT BAGI PEKERJA

Jurulatih yang tidak pernah jemu pertingkat ilmu pengetahuan

Pembimbing program 'Wanita Kembali Bekerja' di Mendaki Sense bersyukur dapat manfaatkan tokokan tambahan Kredit SkillsFuture
Feb 23, 2020 | 05:30 AM



Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, mengumumkan pelbagai inisiatif bagi golongan pekerja membangunkan kemahiran mereka dalam ucapan Belanjawan. Ini termasuk tokokan Kredit SkillsFuture $500 bagi mereka yang berusia 25 tahun dan ke atas serta tokokan tambahan $500 bagi mereka yang berusia 40 hingga 60 tahun. Pemerintah juga akan menambahkan kapasiti program peningkatan kemahiran yang ada, seperti Program Penukaran Profesional (PCP) di bawah inisiatif Suai-Maju (Adapt and Grow). Berikut kisah dua individu yang akan menikmati antara inisiatif tersebut. Wartawan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg) melaporkan. 




SEBAGAI seorang jurulatih, Cik Juriah Jahaya bukan hanya menjalankan tugasnya melatih individu, malah giat mempertingkat kemahirannya sendiri dengan menyertai pelbagai kursus.



Bagi ibu enam anak itu, pembelajaran sepanjang hayat amat penting bagi pembangunan diri dan ilmu.



Justeru, apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, mengumumkan dalam Belanjawan baru-baru ini bahawa semua rakyat Singapura berusia 25 tahun dan ke atas bakal mendapat tokokan sekali sebanyak $500 ke dalam Kredit SkillsFuture, Cik Juriah tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.



Lebih menggembirakan, oleh sebab Cik Juriah bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-40 tahun pada Julai ini, beliau juga akan menerima tokokan tambahan $500.



Mereka berusia antara 40 dengan 60 tahun akan turut menikmati tokokan tambahan Kredit SkillsFuture $500, menjadikan jumlah keseluruhan yang diterima golongan ini sebanyak $1,000.



Selain itu, pemerintah mengumumkan beberapa inisiatif lain bagi golongan berusia 40-an dan 50-an tahun.



Ini termasuk menambahkan kapasiti program peningkatan kemahiran dan memberikan insentif kepada majikan yang mengambil bekerja pemohon kerja setempat berusia 40 tahun dan ke atas menerusi program peningkatan kemahiran.



"Ini satu rezeki. Saya gembira sangat.



"Sebagai seorang jurulatih, saya perlu terus kekal relevan. Jika saya tidak mempertingkat kemahiran dan memperbaiki diri saya sebagai seorang jurulatih, saya tidak akan ada banyak ilmu untuk kongsi bersama para pelatih," kata jurulatih bebas itu.



Cik Juriah berkata beliau ingin menggunakan tokokan kepada Kredit Skillsfuture itu untuk menyertai kursus dalam jurusan kecerdasan buatan (AI) dan digital.



Sebelum ini, beliau telah menggunakan sepenuhnya kredit $500 bagi program Train the Trainer pada 2017 dan kursus pemasaran dalam talian.



Menceritakan kisah perjalanannya, Cik Juriah berkata beliau pernah bekerja sebagai eksekutif sumber manusia (HR) dahulu sebelum memutuskan untuk menjadi seorang jurulatih.



"Pembangunan kakitangan dalam mana-mana pertubuhan amat penting. Sebagai kakitangan HR ketika itu, saya bantu mengendalikan bahagian itu.



"Namun, saya rasa kadangkala syarikat lupa bahawa kakitangan HR itu sendiri perlu jalani latihan. Oleh itu, saya usaha sendiri dan gunakan wang sendiri untuk belajar.



"Dari situ, saya mula minat dengan bidang latihan kerana saya rasa individu boleh maju menerusi latihan," kata beliau.



Selain mendapatkan Sijil Lanjutan dalam Latihan dan Penilaian (Acta) WSQ, Cik Juriah turut menyertai pelbagai kursus lain.



Ini seperti kursus WSQ dalam Kepimpinan dan Pengurusan Kakitangan, SkillsFuture bagi Tempat Kerja Digital, dan Melaksanakan Amalan Kebersihan Makanan Lanjutan.



Cik Juriah berkata beliau bermula sebagai jurulatih dalam bidang kepimpinan dan pengurusan kakitangan sebelum mula menceburi dalam bidang kemahiran pekerjaan, seperti menulis resume.



Kini, beliau salah seorang jurulatih bagi program Wanita Kembali Bekerja di Mendaki Sense.



Cik Juriah menambah bahawa selain kemahuan untuk mempertingkat dirinya, beliau juga terus belajar supaya dapat menjadi contoh yang baik dan memberi galakan kepada anak-anaknya agar tidak pernah berhenti mengejar ilmu.



"Jika anda tidak melabur dalam diri anda sendiri, siapa yang akan melakukannya?," ujar beliau.



"Setiap pengalaman pembelajaran yang anda lalui adalah penting dan anda perlu menggunakan kemahiran yang diraih itu bukan hanya di tempat kerja tetapi untuk diri anda sendiri.



"Jika anda bersikap positif dan proaktif di tempat kerja, majikan anda akan dapat melihatnya. Teruskan usaha untuk belajar," kata beliau.




Namun, saya rasa kadangkala syarikat lupa bahawa kakitangan HR itu sendiri perlu jalani latihan. Oleh itu, saya usaha sendiri dan gunakan wang sendiri untuk belajar. Dari situ, saya mula minat dengan bidang latihan kerana saya rasa individu boleh maju menerusi latihan... Jika anda tidak melabur dalam diri anda sendiri, siapa yang akan melakukannya? Setiap pengalaman pembelajaran yang anda lalui adalah penting dan anda perlu menggunakan kemahiran yang diraih itu bukan hanya di tempat kerja tetapi untuk diri anda sendiri. Jika anda bersikap positif dan proaktif di tempat kerja, majikan anda akan dapat melihatnya. Teruskan usaha untuk belajar.
- Cik Juriah Jahaya. 




MEMBANGUNKAN PEKERJA



BANTU WARGA SINGAPURA TAMBAH KEMAHIRAN



– Tokokan Kredit SkillsFuture $500 bagi warga berusia 25 tahun dan ke atas; warga berusia antara 40 tahun dengan 60 tahun menerima kredit tambahan lagi $500



– Lebih 35,000 syarikat boleh gunakan Kredit Perusahaan SkillsFuture $10,000 untuk transformasi tenaga kerja dan perusahaan



– Tingkat kapasiti program peningkatan kemahiran untuk bantu pekerja setempat berusia 40an dan 50an tahun dalam peralihan kerjaya



– Insentif buat majikan yang mengambil kerja pemohon kerja setempatberusia 40 tahun dan ke atas menerusi program peningkatan kemahiran



MEMBANTU PEKERJA LANJUT USIA



– Kredit Pekerjaan Warga Emas galak majikan gajikan pekerja warga Singapura berusia 55 dan ke atas



– Imbangan Peralihan CPF bantu biayai separuh kenaikan kadar sumbangan CPF majikan



– Geran Pengamal Awal bagi Pengambilan Pekerja Lanjut Usia sokong syarikat yang naikkan usia persaraan dan usia pengambilan bekerja semula awal



– Geran Pengambilan Bekerja Semula secara Sambilan sokong syarikat rasmikan peruntukkan pengambilan bekerja semula secara sambilan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >