Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RENCANA

Jururawat bukan sekadar ikut doktor; bekerjasama buat keputusan

Sempena Hari Jururawat di Singapura, wartawan BERITA HARIAN menemu ramah dua jururawat untuk mendengar kisah peribadi dan pendapat mereka tentang kerjaya murni itu.
Aug 07, 2023 | 05:31 AM



Cita-cita seorang ibu untuk menjadi seorang jururawat kelihatannya ‘berpindah’ kepada anaknya, Encik Amin Ahmad Basri, 33 tahun, yang ramah semasa diwawancara.

“Sebenarnya, ibu saya yang ingin menjadi seorang jururawat. Kerana itu, apabila saya sedang membuat pilihan kursus selepas peperiksaan GCE peringkat ‘O’, beliau suruh saya letakkan kursus kejururawatan sebagai pilihan terakhir saya.

“Sebenarnya saya tidak pernah terfikir pun untuk menjadi seorang jururawat. Dengar sahaja cakap ibu saya untuk masukkannya dalam senarai. Tak sangka betul-betul dapat,” kata Encik Amin, seorang jururawat bersama Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS).

Selepas mendapat diploma kejururawatan, Encik Amin menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sebagai seorang medik. Selepas itu, Encik Amin menyambung pelajaran di Universiti Manchester dan memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains dalam Amalan Kejururawatan.

“Saya sudah bekerja di pelbagai jenis wad, termasuklah jabatan kecemasan. Sekarang saya sudah dipindahkan ke skema penjagaan masyarakat dan bekerja sebagai jururawat penjagaan masyarakat,” katanya yang sudah 13 tahun menceburi bidang kejururawatan.

Apabila ditanya pendapat beliau berhubung tanggapan umum tentang jururawat lelaki, Encik Amin berkata:

“Saya akui bahawa bidang ini memang dipenuhi wanita. Namun, kejururawatan ini tidak berpihak kepada mana-mana jantina. Tidak kira lelaki atau perempuan, tugas dan amanah sebagai seorang jururawat itu sama sahaja.

“Lebih-lebih lagi sekarang, lebih ramai jururawat lelaki diperlukan kerana ada banyak tugas-tugas yang memerlukan kekuatan fizikal. Saya rasa cara pemikiran orang ramai harus berubah.”

Satu lagi stigma yang Encik Amin rasa ada pada kerjaya seorang jururawat adalah tugas yang dirasakan sesetengah pihak sebagai “tidak seberapa” jika dibandingkan dengan seorang doktor.

“Ramai yang tidak tahu tetapi sebenarnya jururawat bukan hanya mengikut arahan doktor.

“Kini, kami bekerjasama dengan doktor untuk pastikan seorang pesakit itu diberikan perubatan dan penjagaan yang sebaik mungkin. Pendapat jururawat boleh mempengaruhi keputusan yang diambil doktor.

“Jururawat jugalah yang menjaga seorang pesakit dari mula hingga ke akhir,” tambah Encik Amin.

Walaupun tugas seorang jururawat itu penuh dengan onak dan duri, Encik Amin masih mempunyai sikap positif.

Menurut Encik Amin, sektor itu menghadapi kekurangan tenaga manusia dan ia menjadi sebab mengapa jururawat sering rasa tertekan dengan kerja yang bertimbun.

Kerana itu, beliau bersyukur kerana melalui Covid-19, lebih perhatian diberikan kepada tugas penting yang dijalankan jururawat.

“Kini, pekerjaan sebagai jururawat tidak lagi diihat sebagai ‘kerja kotor’. Bukan lagi sekadar menukar lampin dan menjadi pengikut kepada seorang doktor. Kami juga mengambil bahagian dalam kajian dan memberi kesan positif dan penting kepada sektor kesihatan,” ujar Encik Amin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >