Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jururawat genggam cita-cita raih ijazah

Aug 16, 2018 | 05:30 AM



Akademi Ngee Ann baru-baru memperkenalkan program Sarjana Muda bidang Kejurawatan yang menyediakan satu lagi pintu bagi jururawat setempat meningkatkan kemahiran dan kelayakan. Diperkenal dengan kerjasama King's College London dan diluluskan Lembaga Kejururawatan Singapura, program tersebut menerima 50 pelajar pertamanya. Beberapa pelajar terpilih juga mendapat biasiswa persatuan suku kaum Cina, Ngee Ann Kongsi. KHAIRULAMEER RAMLAN (bhnews@sph.com.sg) mewawancara dua daripada penerima biasiswa itu.



SEJAK Cik Nurulhuda Abdul Majid memulakan kerjaya sebagai jururawat hampir sedekad lalu, beliau bertekad mahu mempertingkat diri dan melanjutkan pengajian ke menara gading.



Bagi mencapai cita-cita itu, beliau, seorang lulusan program kejurawatan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan Politeknik Nanyang (NYP), baru-baru ini menyertai program pengajian Sarjana Muda yang dilancarkan buat julung kali oleh Akademi Ngee Ann.



Program Sarjana Sains dalam Bidang Kejururawatan dengan Kepujian yang diikuti Cik Nurulhuda itu dikendalikan Akademi Ngee Ann dengan kerjasama King's College London. Ia merupakan program sarjana muda King's College pertama yang diadakan di luar Britain.



Program itu dilancarkan Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung baru-baru ini. Program tersebut dilulus Lembaga Kejururawatan Singapura dan akan dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan Fakulti Kejururawatan, Perbidanan dan Penjagaan Paliatif King's Florence Nightingale.



Selain pembelajaran di bilik darjah, program tersebut juga menyediakan wadah pembelajaran elektronik menerusi portal e-pembelajaran King's College.



Ketika ditemui, Cik Nurulhuda, 29 tahun, jelas teruja dengan peluang mendalami bidang kejururawatan yang amat diminatinya itu.



"Bila maklumat mengenai program ini dimaklumkan kepada alumni kejururawatan NYP, saya begitu ghairah sekali kerana telah lama menunggu peluang meningkatkan diri sebagai seorang jururawat," katanya, yang telah bekerja sebagai jururawat residen di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) selama sembilan tahun.



Program dua tahun separuh masa yang diikuti Cik Nurulhuda itu telah bermula bulan lalu.



Antara lain, program tersebut memerlukan pelajar melengkapi empat modul teras dan dua modul elektif untuk lulus dengan sarjana muda (kepujian).



"Saya harap dapat mengikuti elektif penjagaan paliatif dan akhir hayat kerana ia berkaitan dengan bidang yang kini saya lakukan di KKH," tambahnya.



Cik Nurulhuda bekerja di wad pembedahan yang memberikan perhatian dalam bidang ginekologi, obstetrik serta onkologi.



Menurutnya, beliau juga ingin belajar tentang penyelidikan dalam industri kejururawatan kerana percaya "hanya melalui penyelidikan bidang perubatan boleh berkembang".



"Saya tetap akan kembali ke KKH setelah saya mendapat sarjana muda ini nanti dan setelah mendapat lebih banyak pengalaman di hospital tersebut, saya akan cuba untuk mencapai pula ijazah sarjana," ujarnya penuh yakin.



Cik Nurulhuda berkata matlamat jangka panjang beliau ialah untuk menjadi jururawat amalan lanjutan ataupun seorang penceramah kejururawatan di politeknik bagi membantu membangun generasi pelapis bidang kejururawatan.



Misi memperkasa dan membantu membangun generasi muda jururawat ini adalah sesuatu yang amat dekat dengan hati Cik Nurulhuda.



"Saya ingin tukar persepsi yang masih wujud dalam sesetengah orang bahawa tugas sebagai jururawat lebih daripada sekadar membersihkan para pesakit. Stereoraip ini perlu dikikis supaya lebih ramai anak-anak muda akan terpanggil untuk menyertai kerjaya ini," ujarnya.




SEKILAS PROGRAM JAGAAN KESIHATAN



MODUL PENGURUSAN JAGAAN KESIHATAN



Mulai Januari tahun depan, para mahasiswa dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) boleh mendaftarkan diri bagi modul-modul khusus dalam bidang pengurusan jagaan kesihatan. Kurikulum, yang dihasilkan secara bersama oleh SMU dan SingHealth, akan meliputi beberapa trend yang semakin penting dalam sektor jagaan kesihatan. Ini termasuk modul dalam bidang rangkaian bekalan, analitik data dan sosiologi perubatan. Mahasiswa boleh melakukan pengkhususan kedua dalam bidang Pengurusan dan Ekonomi Kesihatan. Program itu dihasilkan khusus bagi melatih generasi baru pentadbir jagaan kesihatan untuk bersiap sedia bagi menyertai industri itu apabila tamat pengajian kelak. Para mahasiswa juga mempunyai pilihan untuk menjalani program latihan amali selama 10 minggu atau enam bulan di institusi-institusi jagaan kesihatan SingHealth. Program itu dibuka kepada semua mahasiswa tahun pertama dan kedua di SMU. Ia bermula Januari tahun depan.



DANA ENDOWMEN



Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menerima sumbangan $22 juta untuk membentuk dana endowmen bagi para pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan kajian dalam jagaan kesihatan. Separuh sumbangan itu datang daripada harta pusaka Irene Tan Liang Kheng. Ia merupakan jumlah terbesar oleh seorang penderma persendirian. Setiap dolar sumbangannya itu dipadankan oleh pemerintah, menjadikan nilai keseluruhan $22 juta. Dana tersebut akan menyokong usaha-usaha NTU dalam memastikan para pelajar Singapura yang layak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, meskipun menghadapi kesulitan kewangan. Dana itu juga akan membiayai dua pengajian profesor mengenai penyakit-penyakit seperti kencing manis dan kesihatan mental serta kajian bagi meningkatkan jagaan kesihatan yang bermutu untuk penduduk



PROGRAM KEPIMPINAN



Satu inisiatif baru dilancarkan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk membangunkan kemampuan jururawat dalam peringkat pertengahan kerjaya yang memiliki nilai kepimpinan kukuh dan pemahaman dasar yang luas dalam sektor jagaan masyarakat. Program Para Pemimpin Jururawat Singapura itu adalah antara saranan Jawatankuasa Semakan Kerjaya Kejururawatan Masa Depan. Program tersebut didedahkan Menteri Kesihatan Gan Kim Yong dalam majlis Anugerah Merit Jururawat yang mengiktiraf 100 jururawat baru-baru ini. Tumpuan kini berpindah dari khidmat di hospital kepada masyarakat, perlu bagi para ketua jururawat untuk memahami antara perspektif jagaan akut dan rawatan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >