Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT ANAK WATAN

Jururawat juga penat, resah dan perlu sihat untuk jaga pesakit

Jul 30, 2022 | 05:30 AM



Hospital Alexandra baru-baru ini melancarkan buku elektronik (e-buku) berjudul Missy Reflections II yang mengandungi perkongsian 50 jururawatnya berhubung topik kesihatan mental, jururawat lelaki dan jururawat asing. E-buku setebal 100 halaman itu juga akan dicetak dalam jumlah terhad untuk diberi kepada perpustakaan dan sekolah yang menawarkan pengajian kejururawatan. E-buku itu boleh dimuat turun secara percuma di laman bit.ly/MissyR2. BERITA HARIAN menonjolkan dua jururawat yang mengongsi pengalaman mereka dalam e-buku itu.



CIK Iffah Farzanah Mohamed Fauzan baru dua tahun menjadi jururawat apabila pandemik Covid-19 melanda, membawa bersamanya keresahan menghadapi bilangan kes yang meningkat, tekanan protokol yang berubah-ubah, dan stigma terhadap pekerja penjagaan kesihatan.



Ini membuat jururawat staf kanan di Hospital Alexandra (AH) itu berasa tertekan dan penat, tetapi sokongan daripada keluarga, tempat kerja dan orang awam membantu menaikkan semangat beliau dan memberinya kekuatan untuk mengharungi hari-harinya.



"Apabila Covid-19 melanda, perubahan berlaku secara tiba-tiba. Saya resah menantikan apa yang akan berlaku, dengan protokol berubah-ubah dan kes meningkat.



"Pada awal pandemik, saya dengar kisah orang tidak mahu mendekati jururawat kerana salah tanggapan tentang cara virus itu dijangkiti.



"Saya juga berasa penat dengan tugas tambahan yang perlu dilakukan dan ini meningkatkan rasa tertekan di tempat kerja," kata Cik Iffah, 24 tahun.



Beliau antara jururawat hospital itu yang mengongsi pandangannya tentang cabaran kesihatan mental yang dihadapi jururawat dalam buku Missy Reflections II.



Beliau, yang bekerja di wad perubatan, berkata kepenatan amat terasa apabila dilaksana protokol yang tidak membenarkan ahli keluarga mengunjungi pesakit di hospital.



Ini membuatkan pesakit berasa sedih, dan jururawat cuba sedaya upaya memberi sokongan dan dorongan kepada mereka.



Ia adalah tugas tambahan yang jururawat lakukan, katanya.



"Pesakit datang ke hospital untuk menerima rawatan tetapi mereka juga memerlukan sedikit penjagaan. Ahli keluarga yang mengunjungi mereka amat membantu dalam kesejahteraan mereka.



"Jadi jururawat akan berada di sisi pesakit untuk memberi mereka sokongan yang diperlukan. Tetapi lama-kelamaan, jika kami tidak menjaga diri kami sendiri, ia boleh meletihkan," kata Cik Iffah.



Ini membuat beliau sedar seberapa banyak jururawat mahu menjaga pesakit, mereka juga perlu menjaga diri mereka sendiri agar dapat hadir secara fizikal dan mental ketika di tempat kerja dan memberi penjagaan terbaik kepada pesakit.



Anak kedua daripada tiga adik-beradik itu berkata beliau banyak menerima sokongan daripada ahli keluarganya yang menghantar atau mengambilnya dari tempat kerja bagi mengurangkan rasa penat.



Rakan kerja, pihak pengurusan dan orang awam juga membantu menaikkan semangatnya dan jururawat lain, melalui pek penjagaan dan pesanan yang diberi.



"Sebelum memulakan kerja, kami memberi dorongan kepada satu sama lain untuk melalui syif bersama-sama dan pulang ke rumah tepat pada masanya," katanya.



Menurut Cik Iffah, terdapat juga perkhidmatan Heart Lifter (Pembangkit Semangat) di AH yang memberi dorongan kepada pekerja penjagaan kesihatan yang menghadapi cabaran, dengan memberi sokongan dan saranan tentang apa yang boleh dilakukan.



Kini, Cik Iffah lebih sedar tentang kesihatan mentalnya dan jika beliau berasa lebih tertekan atau lebih resah daripada biasa, beliau tahu cara menanganinya dan tempat mendapatkan sokongan.



"Jika saya rasa beban kerja di wad agak memberi tekanan, atau jika saya rasa penat, saya pastikan yang saya memberi tumpuan pada diri saya dan melakukan perkara yang menenangkan fikiran saya, seperti keluar berjumpa kawan-lawan.



"Di tempat kerja pula, saya tahu yang saya boleh meluahkan perasaan saya jika perlu, dan ada perkhidmatan yang boleh membantu saya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >