Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jururawat menyamar sebagai doktor, cabul pesakit

Jul 03, 2018 | 08:03 PM



SEORANG jururawat yang berpura-pura menjadi seorang doktor mengaku salah atas tuduhan mencabul kehormatan seorang pesakit dan melakukan pemeriksaan yang tidak perlu serta tidak wajar ke atas wanita itu, termasuk ujian elektrokardiogram (ECG) pada Mei tahun lalu.



Muhammad Ruzaini Johari, 33 tahun, seorang jururawat kanan klinik Fullerton Healthcare melakukan kesalahan itu apabila seorang wanita dan suaminya datang ke klinik itu selepas doktor yang bertugas sudah pulang.



Ketika berpura-pura menjadi doktor itulah dia menanggalkan coli wanita berusia 28 tahun itu dan memegang dadanya.



Muhammad Ruzaini mengaku salah atas satu tuduhan mencabul kehormatan hari ini, lapor The Straits Times.



Mahkamah diberitahu bahawa pada 11 Mei tahun lalu, Muhammad Ruzaini ditugaskan pada syif petang dan pulang lewat di klinik untuk menyelesaikan beberapa tugas pentadbiran selepas doktor yang bertugas pulang.



Pada 8.40 malam, wanita itu dan suaminya yang berusia 33 tahun datang ke klinik tersebut.



Kededua mereka bekerja sebagai pemasang komponen dan tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti wanita itu.



Wanita itu, yang mengadu mengalami sakit kepala, sakit di telinga dan sakit tekak, mengunjungi klinik tersebut atas nasihat suaminya.



Mereka melihat lampu di klinik itu masih menyala dan menganggap ia masih dibuka.



Tetapi bukannya memberitahu pasangan itu bahawa doktor sudah pulang, Muhammad Ruzaini sebaliknya meminta wanita itu supaya memasuki bilik rawatan, manakala dia duduk di kerusi doktor.



Selepas beberapa pemeriksaan ringkas menggunakan stetoskop dan alat pengukur tekanan darah, dia mengarahkan wanita itu supaya berbaring.



Ketika itulah Muhammad Ruzaini mengangkat blaus wanita itu dan mula menekan perutnya yang terdedah. Dia kemudian terus menekan bahagian bawah pusat wanita itu menyebabkan beliau berasa malu tetapi tidak membantah kerana yakin tertuduh seorang doktor.



Mahkamah diberitahu bahawa Muhammad Ruzaini kemudian mengeluarkan alat ECG, yang biasanya digunakan untuk memeriksa aktiviti jantung, untuk melakukan ujian ke atas wanita itu walaupun dia menyedari tidak ada sebab untuk berbuat demikian.



Menurut Timbalan Pendakwa Raya Marshall Lim, dia berbuat begitu kerana “berasa seronok dapat meminta (wanita itu) mendedahkan buah dada beliau kepadanya”.



Dia kemudian mengangkat blaus wanita itu untuk mendedahkan dadanya dan menanggalkan coli wanita tersebut untuk meletakkan elektrod (pelekat) ECG pada buah dada, pergelangan tangan dan pergelangan kaki wanita berkenaan.



Ketika inilah wanita itu berasa sangat tidak selesa dan berdepan Muhammad Ruzaini, menanggalkan elektrod itu dari tubuhnya, memakai semula pakaiannya dan meninggalkan bilik itu.



Beliau kemudian menangis dan memberitahu suaminya apa yang berlaku.



Muhammad Ruzaini merayu kepada pasangan itu supaya mereka tidak memanggil polis tetapi suami wanita tersebut membuat laporan polis.



Siasatan menunjukkan bahawa Muhammad Ruzaini bukan seorang doktor berdaftar.



Dia akan dihadapkan semula ke mahkamah esok untuk membuat rayuan dan menanti hukuman.



Dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau sebatan atas kesalahan mencabul kehormatan seorang wanita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >