Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jururawat Muslim boleh pakai tudung dalam kebanyakan situasi kerja kecuali dalam keadaan gugat keselamatan

Aug 31, 2021 | 07:52 PM



JURURAWAT Muslim yang memilih untuk memakai tudung ketika bekerja mulai November boleh berbuat demikian dalam kebanyakan situasi jagaan kesihatan tetapi mungkin tidak dibenarkan di tempat yang membawa risiko kepada keselamatan mereka seperti ketika pesakit bertindak secara tidak dijangka.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pada Selasa (31 Ogos) bahawa terdapat garis panduan yang menyenaraikan "pendekatan yang disusun mengikut risiko" berkenaan pemakaian tudung yang diputuskan dengan rundingan bersama beberapa pakar bagi memastikan keselamatan.



Bagi kebanyakan keadaan jagaan kesihatan, kakitangan boleh menggunakan tudung mereka sendiri yang disematkan ke dalam seragam tempat kerja bagi mengelakkan fabriknya daripada menyentuh pesakit, kata MOH, sebagai respons pada soalan akhbar The Straits Times.



Namun, bagi beberapa situasi pekerjaan di mana ketetapan kawalan jangkitan lebih ketat seperti di teater bedah, tudung pakai buang yang boleh digunakan hanya sekali boleh dipakai, tambah MOH.



MOH menjelaskan lagi:



"Dalam bidang atau situasi kerja lebih spesifik di mana mungkin terdapat risiko tinggi sikap pesakit yang payah diandaikan seperti menarik tudung sehingga ia boleh menjejas keselamatan jururawat, pemakaian tudung mungkin tidak diizinkan demi keselamatan pekerja jagaan kesihatan berkenaan."



Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan keputusan pemerintah membenarkan pemakaian tudung buat jururawat dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan pada Ahad, sesuatu yang diputuskan selepas bertahun berunding dan mendapat persetujuan dalam kalangan masyarakat di sini.



MOH berkata selepas ucapan Encik Lee disampaikan dengan semakan dasar itu melibatkan lebih 7,000 kakitangan, kod seragam yang dikemaskini akan berdasarkan garis panduan yang dibangunkan jawatankuasa pemandu dan panel penasihat.



Rundingan meluas dijalankan dari April hingga Ogos tahun ini bersama pakar penyakit berjangkit, pemimpin kejururawatan serta masyarakat Islam dan pemimpin kesatuan.



Akan terdapat garis panduan klinikal dan pelaksanaan bagi tudung.



MOH berkata, garis panduan klinikal itu dibangunkan dengan rujukan kepada pakar penyakit berjangkit dan berdasarkan bahan rujukan bertulis yang sudah disemak dan amalan luar negara. Ini bagi memastikan prosedur perubatan sensitif akan dilaksanakan secara selamat.



"Garis panduan klinikal ini menetapkan pendekatan mengikut aturan risiko pada pemakaian tudung berdasarkan situasi klinikal," jelasnya.



Garis panduan pelaksanaan akan membentangkan penjelasan mengenai warna tudung yang dibenarkan dan bagaimana ia harus dipakai bagi memastikan konsistensi dalam penampilan kakitangan berseragam.



MOH berkata lebih banyak keterangan mengenai garis panduan ini akan disediakan oleh institusi jagaan kesihatan awam buat kakitangan mereka tetapi tidak menjelaskan bila keterangannya akan diberikan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >