Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jururawat Myanmar dijel setahun kerana cederakan pesakit

Apr 19, 2016 | 09:32 AM



SEORANG jururawat dari Myanmar dijatuhi hukuman penjara setahun pada Isnin (18 Apr) kerana menyerang seorang pesakit di Institut Kesihatan Mental (IMH) tahun lalu.

Aung Phyo Thu, 26 tahun, mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah ke atas Encik Kong Ah Hoe, 56 tahun, seorang pesakit jangka panjang yang mempunyai skizofrenia.

Thu bersalah menumbuk dan menendang Encik Kong beberapa kali, menyebabkan dua tulang rusuk patah, pada 17 Feb tahun lepas.

Encik Kong, yang diikat di katil, mempunyai pelbagai masalah kesihatan dan kesukaran berkomunikasi, mahkamah diberitahu. Beliau juga memerlukan bantuan untuk bergerak.

Hasil siasatan mendapati Thu, yang bertugas malam, bangun apabila terdengar kekecohan yang disebabkan oleh Encik Kong cuba bangun dari katil pada kira-kira 5.55 pagi hari itu.

Thu menumbuk Encik Kong di belakang kanan badannya. Dia kemudian menggunakan selimut untuk menutup muka Encik Kong sebelum menumbuk kepala beliau beberapa kali.

Dia juga menendang kaki beliau dan terus memukulnya beberapa kali, termasuk kira-kira 10 kali di kawasan tulang rusuk kirinya.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ma Hanfeng kata Encik Kong tidak melawan dan berada dalam kedudukan tidak dapat menahan Thu.

Seorang penyelia wad yang mendapati kecederaan pada Encik Kong menyuruh Thu mengemukakan laporan untuk menerangkan kecederaan itu. Thu kemudian berbohong bahawa mangsa mencederakan dirinya sendiri.

Encik Kong dirujuk ke Hospital Alexandra, di mana beliau didapati mengalami pelbagai kecederaan dan keretakan dua tulang rusuk kiri.

Peguam bela Kalidass Murugaiyan berkata perkhidmatan Thu telah ditamatkan, dan dia bertanggungjawab bagi ganti rugi sebanyak $80,000, kerana telah menghadiri kursus sains kejururawatan di Singapura di atas biasiswa IMH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >