Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jurutera dari Britain diiktiraf polis kerana pamer sikap berani

Jun 25, 2018 | 08:54 PM



BELIAU ingin memberi kejutan kepada anak lelakinya namun sebaliknya, Encik Keith Goldfinch, mendapat kejutan lebih besar pula.



Encik Goldfinch, seorang jurutera di syarikat Rolls-Royce, baru pulang ke Singapura dari Perancis pada 19 Jun lalu dan ingin memberi kejutan kepada anak lelakinya yang berumur empat tahun, William, dengan mengambilnya dari sekolah.



Lelaki berusia 42 tahun dari Britain itu sedang menaiki tangga bergerak di stesen MRT Newton apabila beliau terdengar teriakan orang meminta tolong untuk menghalang seseorang daripada melarikan diri.



Apabila Encik Goldfinch melihat seorang lelaki sedang berlari turun tangga bergerak itu, beliau memegang lelaki itu yang kemudian menafikan sebarang perbuatan salah lalu cuba melarikan diri.



Seorang lagi penumpang membantu beliau menahan lelaki itu.



Suspek 53 tahun itu ditangkap dan kini disiasat polis kerana didakwa merakam video bawah skirt seorang penumpang wanita.



Encik Goldfinch diiktiraf dengan Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini (25 Jun).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >