Jurutera dihukum penjara, sebat cabul anak sendiri berusia 10 tahun

SEORANG jurutera kanan mencabul anak perempuannya berusia 10 tahun yang hanya membuat laporan polis enam tahun kemudian selepas dia melakukannya lagi di luar negara pada 2013.

Mahkamah Daerah diberitahu bahawa lelaki berusia 46 tahun itu, yang menghadapi tiga pertuduhan, mengakui pada Isnin (23 Jan) terhadap dua pertuduhan mencabul kehormatan anak perempuannya di flat mereka di Sembawang pada 2009.

Caj ketiga bahawa dia menolaknya ke dinding dan mencium lehernya diambil kira dalam menjatuhkan hukuman.

Pada Selasa (Jan 24), dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan enam kali sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Chee Ee Ling berkata, keluarga itu, yang berhijrah ke sini dari Filipina pada 2005, tidur di bilik tidur yang sama. Katil mangsa bersetentang dengan katil ibu bapanya.

Sekitar 2009, mangsa sedang tidur apabila dia berasa tekanan pada kawasan sulitnya. Dia terjaga dan melihat bapanya menyentuhnya. Dia terkejut dan keliru. Bapanya memberitahu supaya jangan memberitahu ibunya.

Pada malam lain, tertuduh menggeleteknya sehingga dia berpaling kepada tertuduh. Tertuduh menggesel tubuhnya membuat mangsa berasa takut dan marah.

Gadis itu memberitahu kepada ibunya, kini 45 tahun. Ibunya mengabaikan tuduhan itu. Insiden cabul itu reda. Tertuduh berhenti berkelakuan tidak senonoh itu beberapa ketika.

Pada Disember 2013, semasa lawatan ke Filipina, dia mencabul sekali lagi pada waktu malam. Mangsa berasa sedih dan menangis sepanjang malam.

Beliau memberitahu saudara-mara sebelah ibunya yang menggalakkannya membuat laporan polis. Tetapi ibunya memujuknya menangguhkan sehingga selepas peperiksaan peringkat 'O' kerana keluarga itu bergantung pada tertuduh dari segi kewangan.

Mangsa kemudian memberitahu kaunselor sekolahnya bahawa beliau takut tinggal bersama bapanya di bawah satu bumbung, terutama apabila dia ditinggalkan sendirian dengan tertuduh di rumah.

Mangsa, kini 17 tahun, membuat laporan polis pada 19 Nov 2015, menyatakan bahawa ayahnya telah mencabul kehormatannya sejak 2009.

DPP Chee berkata salah laku tertuduh terhadap amanah dan kuasa ke atas anak perempuannya sendiri dalam beberapa tempoh perlu dikutuk, dan hukuman lebih berat perlu dikenakan.

Dia sepatutnya melindungi dan menjaga anaknya, tetapi sebaliknya menyalahguna kuasa dan melakukan serangan seksual," katanya.

Hakim Daerah Lorraine Ho berkata, tiada kanak-kanak perlu melalui penderaan fizikal itu dan penyeksaan mental.

"Ia bukan satu sekejap tetapi tidak dalam jangka masa tertentu, memanjangkan penderitaan mangsa," katanya.

Beralih kepada tertuduh, beliau berharap tertuduh akan mendapatkan rawatan yang sesuai di penjara, dan kemudian berusaha memperbaiki hubungan dengan keluarganya selepas itu.

Hukuman maksimum mencabul kehormatan seseorang di bawah 14 tahun adalah lima tahun penjara, denda, hukuman rotan atau gabungan hukuman atas setiap pertuduhan.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:02
Zuhur
1:08
Asar
4:34
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 28
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.