Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jurutera diperlukan bagi hurai cabaran masa depan S'pura

Nov 22, 2020 | 05:30 AM



DALAM jangka masa 10 tahun, banyak pekerjaan baru akan dicipta di sektor makanan-pertanian, justeru para jurutera akan diperlukan, termasuk mereka yang mempunyai kepakaran dalam pengendalian proses, automasi dan robotik.



Bercakap di acara meraikan Hari Jurutera Nasional semalam, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata masa depan dalam kemampanan serta mitigasi dan penyesuaian iklim memerlukan daya penyelesaian kejuruteraan.



"Daripada membina struktur perlindungan banjir, sistem PV suria (fotovoltaik) yang lebih berkesan, infrastruktur pengisian untuk kenderaan elektrik, memanfaatkan nilai daripada bahan sisa sehingga ke sistem pertanian berteknologi tinggi, kita melihat keperluan dalam kejuruteraan... untuk penyelesaian terhadap cabaran semasa dan masa depan," tambahnya.



Acara tahunan bagi golongan muda untuk meneroka kerjaya kejuruteraan, yang diadakan dalam talian tahun ini, telah bermula pada 12 November.



Pemenang Cabaran Inovasi Kejuruteraan tahun ini diumumkan semalam.



Untuk pertandingan ini, 101 pasukan pelajar bertanding untuk mencari penyelesaian kejuruteraan untuk masalah dunia nyata.



Projek yang berjaya dalam pertandingan itu antara lain mengetengahkan cara meningkatkan kualiti tanaman, hasil, dan kadar pertumbuhan dalam pertanian bandar, serta pancaran cahaya ultraungu yang membunuh bakteria untuk susyi yang dihidangkan menggunakan sistem konveyor makanan.



Semua pemenang akan menerima dana utama untuk memulakan projek mereka.



"Memandangkan kita sekarang menghasilkan kurang daripada 10 peratus keperluan pemakanan, sekarang, adalah lebih penting lagi bagi kita memanfaatkan teknologi dan pemikiran kreatif anda untuk mendorong pengeluaran makanan tempatan," kata Cik Fu yang berucap secara maya, yang disampaikan dari bangunan Institution of Engineers Singapore (IES) di Bukit Tinggi Road.



"Kita tidak lagi hanya mengembangkan makanan, kita menghasilkan makanan dengan peralatan dan proses pembuatan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >