Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jurutera IT dipenjara 11 bulan kerana curi komputer riba buat operasi Covid-19 dari MOH

Aug 05, 2021 | 10:40 PM



KOMPUTER riba diberikan kepada Kementerian Kesihatan (MOH) bagi pegawainya mengurus pandemik Covid-19 tetapi sebanyak 21 komputer berkenaan pula dicuri dan dijual di laman dagangan Carousell.



Jurutera teknologi maklumat (IT), Muhammad Fakhrurradzi Mohamed Omar, 25 tahun, dipenjara selama 11 bulan pada Khamis (5 Ogos) selepas mengaku bersalah ke atas tiga kesalahan mencuri.



Mahkamah diberitahu Fakhrurradzi mencuri 21 komputer riba milik MOH antara 16 Disember dengan 14 Januari kerana dia memerlukan wang, lapor akhbar The Straits Times.



Fakhrurradzi bertugas di agensi yang khidmatnya diperlukan firma teknologi NCS dan dikerahkan ke pejabat MOH di HarbourFront Centre untuk menjalankan kerja format semula komputer riba berkenaan, jelas peguamnya, Cik Marina Sani.



Komputer riba yang dicuri yang secara keseluruhannya bernilai sekitar $33,400 diberikan kepada MOH oleh Kementerian Kewangan. Fakhrurradzi meraih sejumlah $6,380 daripada menjual kebanyakan komputer ini menerusi gedung dalam talian Carousell.



Timbalan Pesuruhjaya Awam (DPP) Pearly Ang berkata Fakhrurradzi akan mengambil beberapa komputer riba setiap kali dia memasuki bilik simpanan barang agar tidak menimbulkan sebarang kecurigaan.



Dia akan menyimpan komputer berkenaan dalam beg dan menanti syifnya tamat sebelum meninggalkan pejabat itu.



Fakhrurradzi kemudian menjual komputer riba itu kepada tiga pembeli yang disenaraipendekkan daripada Carousell.



Bagi mengelakkan soalan daripada pembeli, dia akan memberitahu mereka alat itu adalah yang terpakai walaupun dia tahu beberapa komputer berkenaan masih lagi baru.



Kesalahannya mula diketahui apabila ketua pegawai keselamatan maklumat MOH mendapati komputer riba itu hilang selepas satu pemeriksaan. Pegawai ini kemudian melaporkannya kepada polis pada 15 Januari.



Pihak polis hanya menemui semula dua komputer riba menyusuli penangkapan Fakhrurradzi.



Dalam memohon sekurang-kurangnya setahun penjara bagi Fakhrurradzi, DPP Ang berkata Fakhrurradzi boleh sahaja memasuki bilik simpanan barang itu tanpa ada yang mengikutinya ke situ dan mengambil kesempatan di atas peluang tersebut.



Cik Marina pula menjelaskan anak guamnya itu mencuri bagi memenuhi perbelanjaan bulanan keluarga dan menyesali perbuatannya.



Dalam menjatuhkan hukumannya, hakim daerah Marvin Bay berkata pihak mahkamah mengambil serius jenayah mencuri hak milik pemerintah kerana ia dibayar dengan wang pembayar cukai di samping komputer riba itu digunakan bagi tujuan operasi Covid-19 MOH.



Hakim Bay juga mendapati jenayah itu dilakukan dengan perancangan terlebih dahulu kerana Fakhrurradzi tidak mengambil sebilangan besar komputer riba pada sesuatu masa sekali gus tetapi mengambil beberapa komputer setiap kali melakukannya.



"Terdapat juga keprihatinan keselamatan siber memandangkan komputer riba yang diedarkan pemerintah akhirnya berada dalam tangan orang luar," jelasnya.



Fakhrurradzi boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan didenda bagi setiap kesalahan mencuri.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >