Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jurutera Perancis antara 5 kes import Covid-19 baru: MOH

Nov 23, 2020 | 11:46 PM



SEORANG jurutera warga Perancis yang mengendalikan projek kerja di Singapura adalah antara lima kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH).



Dalam kenyataannya pada Isnin malam (23 November), MOH menjelaskan lelaki berusia 58 tahun itu adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang sampai ke Singapura dari negara asalnya.



Satu kes lain pula melibatkan remaja perempuan Singapura berusia 16 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan dari India.



Lagi tiga kes adalah pemegang permit kerja yang bertugas di Singapura dan memiliki sejarah perjalanan dari Indonesia.



Kesemua kes import ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura.



Mereka dikesan positif Covid-19 dalam tempoh SHN.



Tiada kes jangkitan tempatan dikesan pada Isnin, tambah MOH.



Empat kes telah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Sebanyak 36 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.



Satu kes bagaimanapun dalam keadaan kronik di Unit Jagaan Rapi (ICU).



Sebanyak 30 kes pula diasingkan dan dijaga di kemudahan pengasingan masyarakat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >